BASMALAH

BASMALAH

RENUNGAN HATI

"Betapa anehnya bumi, semuanya adalah pelajaran. Ku kira tidak ada sejengkal tanah di muka bumi kecuali di situ ada ibrah (pelajaran) bagi orang yang berakal apabila mau mempelajarinya".

"HIDUP TERUS BERBAKTI"

"TOLONG MENOLONGLAH KAMU DALAM PERKARA KEBAIKAN DAN KETAQWAAN, DAN JANGAN SESEKALI KAMU TOLONG-MENOLONG DALAM PERKARA DOSA DAN PERMUSUHAN".

7/29/2010

Puasa Selepas Setengah Syaaban

PUASA SELEPAS SETENGAH SYAABAN.

Pendapat Ulama
Di dalam masalah ini terdapat tiga pendapat:

a. Pendapat Pertama
Harus berpuasa selepas setengah Syaaban. Ini adalah pendapat jumhur ulama di kalangan mazhab Hanafi, mazhab Maliki , dan mazhab Hanbali .

b. Pendapat Kedua
Makruh berpuasa selepas setengah Syaaban bagi mereka yang tiada kelaziman puasa sebagai adat. Adapun bagi yang ada kelaziman puasa, hukumnya tidak makruh. Ini adalah pandangan mazhab Syafie

c. Pendapat Ketiga
Haram berpuasa selepas setengah Syaaban. Ini pendapat Ibnu Hazm Al-Zahiri.

Dalil

• Dalil Pendapat Pertama
Jumhur ulama berhujah dengan hadis di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
لا يتقدّمنّ أحدكم رمضان بصوم يوم أو يومين، إلا أن يكون رجل كان يصوم صومه فليصم ذلك اليوم
Maksudnya : “Janganlah salah seorang kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari. Kecuali seseorang yang berpuasa dengan satu puasa (adat kebiasaannya) maka berpuasalah pada hari itu”

Penjelasan dalil
Hadis tersebut melarang mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari. Ini bererti boleh mendahuluinya jika lebih daripada itu. Iaitu selepas setengah Syaaban.

• Dalil Pendapat Kedua
Mazhab Syafie pula berhujah dengan hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
إذا انتصف شعبان فلا تصوموا
Maksudnya: “Apabila tiba setengah Syaaban, maka janganlah berpuasa”

• Dalil Pendapat Ketiga
Ibnu Hazm berhujah dengan hadis yang sama, iaitu larangan daripada puasa selepas setengah Syaaban.

Pendapat Yang Rajih

- Tidak ada larangan berpuasa selepas setengah Syaaban, kecuali dalam hadis Abu hurairah, “Apabila tiba setengah Syaaban, maka janganlah berpuasa”. Maka perlu kepada penyelidikan tentang kesahihan atau kedhaifannya.

- Hadis ini diperselisihkan pada kedudukannya. Ada yang menilainya sahih seperti: Imam Tirmizi, Al-Hakim, Ibn Hazm, Al-Tahawi, Ibn Abdil Barr dan lain-lain.

- Dan ada yang menilainya dhaif seperti Abdul Rahman bin Mahdi, Imam Ahmad, Abu Zur’ah, Al-Atsram, Abu Daud, Baihaqi, Nasai, dan lain-lain.

- Pendapat yang lebih sahih tentang hadis ini -Wallahu A’lam- ialah pendapat yang mendhoifkannya, kerana:

1) Mereka yang menilainya dhaif, lebih pakar dan mahir dalam ilmu hadis dan kecacatan hadis. Kata Ibn Rajab: “Hadis ini dinilai sahih oleh Tirmizi, Ibn Hibban, Hakim, Tahawi, dan Ibn Abdil Bar. Dan ia dipertikaikan oleh ulama yang lebih hebat daripada mereka”.

2) Hadis ini menyalahi beberapa fakta lain, antaranya:

i) Mafhum hadis sahih (Bukhari dan Muslim) iaitu hadis yang melarang berpuasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan. Ertinya jika lebih daripada dua hari, maka ia tidak dilarang. Maka menunjukkan puasa selepas 15 Syaaban diharuskan.

ii) Hadis Aisyah yang mengatakan Nabi berpuasa hampir keseluruhan Syaaban. Dalam hadis Bukhari dan Muslim, kata Aisyah: “Bahawa Rasulullah SAW berpuasa Syaaban keseluruhannya. Iaitu baginda berpuasa Syaaban kecuali sedikit”. Ini menunjukkan bahawa baginda berpuasa walaupun selepas 15 Syaaban.

Kesimpulan

- Mereka yang cenderung mengatakan hadis larangan puasa selepas 15 Syaaban adalah sahih, maka hukumnya makruh berpuasa kecuali ada kelaziman puasa.

- Mereka yang cenderung kepada mendhaifkan hadis tersebut -dan ia lebih tepat- hukum berpuasa adalah harus, tidak ada sebarang larangan samada haram atau makruh.
Wallahu A’lam.

7/21/2010

Siapa Tok Ku Paloh?

Selamat membaca..........
Berita Harian Online
Tok ku Paloh ulama besar Terengganu
Oleh Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang


ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.


Diceritakan pada suatu ketika, British cuba berunding dengan Sultan Terengganu iaitu Sultan Zainal Abidin III supaya membenarkan mereka menduduki kawasan Bukit Besar tetapi baginda menyuruh penjajah itu menemui Tokku Paloh.


Baginda menyebut, "Terengganu ini ada tuannya, hendaklah berunding dengan tuannya terlebih dulu," yang mungkin bermaksud bahawa Tokku Paloh adalah orang yang lebih berhak memutuskan permintaan berkenaan.


Mendengar jawapan Sultan Terengganu itu, sepasukan pegawai British kemudian bergerak ke rumah ulama itu untuk berunding. Tokku Paloh mengatakan bahawa mereka boleh 'mengambil' Bukit Besar dengan syarat bukit itu dibawa balik ke negeri mereka.


"Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami, saya menolak walau atas alasan apa sekalipun tapi kalau hendak tanah, silakan. Isikan ke dalam armada tuan sebanyak mana yang pihak British mahu, ambillah tanah," demikianlah jawapan ulama besar itu.


Mendengar jawapan sindiran ulama itu, British berasa sakit hati dan cuba menunjukkan kemarahan mereka dengan bangun daripada kerusi yang diduduki. Akan tetapi, dengan izin Allah, secara tiba-tiba kerusi yang diduduki penjajah melekat di punggung mereka.


Lalu Tokku Paloh menyindir, "Bukan Bukit Besar saja yang kamu mahu ambil, tapi kerusi saya pun kamu mahu ambil juga?" sekali gus menyebabkan British beredar dengan perasaan malu.


Selepas peristiwa itu, British cuba berunding untuk kali kedua dan proses itu diadakan di atas kapal perang mereka yang besar. Ia bertujuan untuk mengugut ulama itu secara psikologi kononnya British memiliki angkatan perang yang besar dan mampu menyerang Terengganu jika hasrat mereka menduduki negeri itu dihalang.


Mereka menjemput Tokku Paloh ke kapal berkenaan tetapi ulama itu mengatakan bahawa kapal perang besar itu tak mampu bertahan jika beliau naik.


Pihak British kemudian ketawa mengejek sebaik mendengar kata Tokku Paloh. Ulama itu kemudian naik ke kapal berkenaan dan dengan izin Allah juga, setiap kali Tokku Paloh menyengetkan serbannya ke kanan atau ke kiri, maka kapal besar itu turut senget. Keadaan itu mencemaskan pihak British sehingga mereka membatalkan rundingan itu serta merta.


Pada masa yang lain pula, penjajah itu cuba menghampiri perairan Terengganu tetapi mereka mula ketakutan sebaik melihat negeri itu dijaga pahlawan Melayu yang siap bersenjata sejauh mata memandang. Keadaan itu menyebabkan mereka takut menjajah Terengganu selagi Tokku Paloh masih hidup.


Demikianlah antara beberapa kisah Tokku Paloh, seorang ulama besar yang berjaya menyekat penjajahan British pada peringkat awal di Terengganu.


Selain menjadi guru kepada Sultan Zainal Abidin III dan Haji Abdul Rahman Limbong iaitu pejuang penentang penjajah di Terengganu, ulama itu turut bertanggungjawab menyemarakkan semangat jihad di kalangan pejuang menentang penjajah di Pahang iaitu Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau.


Peristiwa itu berlaku apabila pasukan pimpinan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau


hampir-hampir menyerah diri selepas mengalami tekanan dan serangan berterusan daripada tentera penjajah pimpinan Residen British, Hugh Clifford.


Keadaan tersepit itu menyebabkan mereka berlindung di hutan Terengganu dan menghubungi Tokku Paloh pada Mei 1894. Sebaik bertemu dengan ulama itu, mereka diberi perlindungan dan diajar ilmu untuk menentang musuh.


Hasil perguruan singkat dengan ulama itu menyebabkan semangat kumpulan pejuang terbabit kembali membara dan mereka terus tekad melancarkan jihad menentang penjajah British di Pahang.


Walaupun dikenali sebagai ulama, Tokku Paloh turut membabitkan diri dalam bidang pentadbiran dan diplomatik di Terengganu apabila dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Terengganu selain penasihat utama Sultan dalam pelbagai hal.


Malah, ketegasan dan kepintarannya dalam hal ehwal diplomatik menyebabkan ulama itu sering diberi peluang mewakili Sultan untuk berunding dengan British hingga penjajah itu gagal menawan Terengganu.


Tokku Paloh dilahirkan pada 1817 di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Ulama itu mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri iaitu Saiyid Muhammad al-Aidrus atau dikenali Tokku Tuan Besar, selain beberapa ulama tempatan sebelum berhijrah ke Makkah untuk mendalami ilmu agama dan menimba pengalaman.


Sekembalinya dari Makkah selepas kira-kira 10 tahun menuntut ilmu di sana, Tokku Paloh terus mengajar di masjid peninggalan ayahnya di Kampung Cabang Tiga, Terengganu sebelum membabitkan diri dalam bidang pentadbiran negeri.


Tokku Paloh memiliki banyak ilmu dalam bidang kerohanian terutama ilmu tasawauf dan sufi. Beliau juga menjadi khalifah kepada Tareqat Naqsyabandiah dan turut mengamal serta mengembangkan amalan �Syahadat Tokku� iaitu satu amalan yang disusun oleh bapanya.


Kepercayaan Sultan Terengganu terhadap dirinya menyebabkan Tokku Paloh diamanahkan Sultan Zainal Abidin III untuk mentadbir kawasan Paloh selain mengawasi beberapa daerah di Hulu Terengganu antaranya Kuala Berang hingga Cabang Tiga.


Dalam usaha memastikan kawasan pentadbirannya terhindar daripada perbuatan maksiat dan pelanggaran undang-undang, Tokku Paloh menubuhkan pasukan penguat kuasanya sendiri yang dikenali sebagai �Budak Raja�. Pasukan Budak Raja ditugaskan menjaga keamanan sama seperti fungsi pasukan polis pada hari ini.


Bagi memastikan keselamatan dan kebajikan masyarakat setempat terjaga, Tokku Paloh gemar keluar pada malam hari malah pada hari tertentu, beliau keluar dengan mengenakan kain selubung di kepala.


Tindakannya itu bertujuan membolehkan beliau meninjau kehidupan masyarakat dan sekiranya beliau mendapati ada perkara tidak baik berlaku, Tokku Paloh akan memerintah Budak Raja membuat tangkapan pada keesokan hari.


Ulama itu juga memiliki mahkamah sendiri di Paloh untuk mengadili pesalah di kawasan pentadbirannya. Usaha beliau itu mendapat perkenan daripada pihak istana.


Hubungan rapat antara Tokku Paloh dan Sultan Zainal Abidin menyebabkan baginda menyerahkan puteranya iaitu Tengku Sulaiman untuk dijadikan anak angkat dan murid Tokku Paloh.


Malah, seorang daripada isteri Tukku Paloh iaitu Tengku Mandak ialah kekanda Sultan Zainal Abidin III sendiri.


Tokku Paloh meninggal dunia pada September 1917 selepas jatuh sakit pada usia 100 tahun. Tidak lama kemudian, Sultan Zainal Abidin III mangkat pada 26 November 1918. Selepas kewafatan ulama itu, barulah British berani dan berjaya menjajah Terengganu pada 24 Mei 1919.

Akhir Sya`baan

Dan ketika menyambut Ramadhan Sayyidina Rasulillah s.a.w berpesan :

*
” Wahai manusia, sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan olehNya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah (dimakbul). Bermohonlah kepada Allah dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk berpuasa dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu,kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin (miskin). Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak yatim niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu-waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah ‘Azza wa Jallaa memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya. Wahai manusia ! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa)mu maka ringankanlah dengan memanjang sujudmu. Ketahuilah Allah Ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb al ‘alamin. Wahai manusia ! Barangsiapa antaramu memberi makan berbuka kepada orang-orang mu`minin yang berpuasa di bulan ini maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu. Sahabat-sahabat bertanya, “Ya, Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian”. Rasulullah meneruskan: “Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air. “

“Wahai manusia ! Siapa yang membaguskan akhlaqnya di bulan ini ia akan berhasil melewati shirath pada hari kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (di bawah kuasanya) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari Kiamat. Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturrahim) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan shalat fardlu baginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardlu di bulan yang lain. Barangsiapa memperbanyak selawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat al Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam al Quran pada bulan- bulan yang lain. Wahai manusia !Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu maka mintalah agar ia tak lagi menguasaimu. Amirul Mukminin Sayyidina `Ali karamAllahu wajhah berkata:- “Aku berdiri dan berkata, ya Rasulullah ! Apa amal yang paling utama di bulan ini ?” Jawab Nabi:- “Ya Abal Hasan ! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah.”

Hidupkan Sya’aban dan Nisfu Sya’aban dengan amalan soleh

Sempena bulan Syaaban dan malam Nisfu Syaaban, saya nukilkan beberapa hadis dari kitab Sahih Al-Bukhari dan kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty. “Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran. (Foto di atas adalah hasil kerja anak-anak saya yang sedang belajar Adobe Photoshop).

Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).

Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari]. Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – pent)”. Aisyah ra menyambung, “Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).

Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra. berkata (bahawa) kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).

Abdullah bin Maslamah menyampaikaan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).

Di dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari di atas, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah didalamnya hari pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Di dalam hadis Sahih Al-Bukhari diatas juga tidak disebut secara khusus berqiamullail malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail disetiap malam, dan yang mana ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).

Adapun berqiamullail pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siang harinya, dengan secara khusus menyebut kalimat “Nisfu Syaaban”, status hadis-hadisnya (sahih, hasan sahih, hasan, dhaif, maudhuk dll) adalah menjadi perbincangan akademik para ulamak hadis. Jika tidak mencapai ke tahap Sahih, ia tidak boleh dijadikan hujah Syarak, namun jika dipadankan dengan Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari diatas, ia boleh dijadikan panduan untuk Fadhail A’mal (Fadhilat-fadhilat Amal Ibadah) dalam Islam. “Tiada halangan dibuat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam masalah khilaf dalam suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama kearah mencapai perkara yang sebenar, tanpa usaha tersebut membawa kepada perdebatan yang tercela dan taksub” (Imam Hasan Al-Banna).

Akhirnya nanti, secara amalinya, bangun malam (qiamullail) dan berpuasa 14hb Syaaban adalah ibadah yang Syar’iyy, merupakan salah satu taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah) dan bukan bid’ah.

Berikut adalah sebahagian hadis-hadis berkenaan Nisfu Syaaban dari kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty:

Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).

3082399160_ff483124af

Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.

Doa ku 01

Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.

b'slmn

Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

Akhir kata, Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu). Ameen ya rabbal alameen.

Muslim Di Bulan Syaaban

Bulan Syaaban merupakan antara bulan-bulan yang istimewa bagi umat Islam. Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat bermakna bagi para hamba yang mukminin serta mukhlisin. Begitu banyak hadis-hadis Rasulullah S.A.W yang menceritakan mengenai kelebihan bulan yang mulia ini. Antaranya sabda Rasulullah S.A.W yang masyur adalah

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Sya'aban. Sabda Nabi s.a.w “Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya'aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmini rohani).

Peristiwa Penting Di Bulan Syaaban

Antara peristiwa penting di dalam bulan Syaaban adalah

1) Malam Nisfu Syaaban

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !" Kata saya (Nabi Muhammad) :

"Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

2)Pertukaran Arah Kiblat
Allah swt telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat sembahyang daripada masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis ke Kaabah di Mekah. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat al-Bara' bin Azib maksudnya: "Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah, baginda dan para sahabat bersembahyang berkiblatkan Baitulmaqdis selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan. Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu menyuruh baginda berpaling ke Mekah. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam masjid Qiblatain. Suruhan pertukaran kiblat berlaku ketika Rasulullah sedang bersembahyang Asar.

Pertukaran kiblat menjadi isu besar di Madinah. Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah. Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah. Maksudnya: Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ''Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ''Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.

Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua Hijrah pada bulan Syaaban. Kebenaran daripada Allah swt untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah yang dikabulkan oleh Allah swt. Ini kerana Rasulullah sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah tersebut telah diperkenankan oleh Allah swt pada bulan Syaaban.

3) Peperangan Zat Al-Riqa

Peristiwa peperangan Zat Al-Riqa tercetus akibat pengkhianatan di kalangan kabilah-kabilah Nadj terhadap kaum Muslimin. Tragedi ini telah mengorbankan sehingga 70 orang kaum muslimin.

Peperangan ini dinamakan Zat Al-Riqa (peperangan yang bertampung) oleh kerana tentera Islam pada ketika itu ramai yang telah pecah tapak kaki ketika dalam perjalanan.

Daripada Abi Musa Al-Asya'ari R.A katanya : "Kami telah keluar bersama-sama Rasulullah S.A.W di satu peperangan kami berenam orang bergilir-gilir menunggang seekor unta". Tambanya lagi "Kami berjalan hingga pecah tapak kaki kami. Tapakku sendiri pun pecah, kukuku luruh, kami membalut kaki kami dengan kain buruk. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4) Peperangan Bani Al-Mustaliq

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.

Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.

Fadhilat Bulan Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Bulan Syaaban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah S.A.W di mana baginda akan lebih banyak berpuasa. Oleh itu, amatlah baik bagi kita sebagai umat Islam memperbanyakkan amalan, selain menjadi satu medan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan

Antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Sya'ban adalah :

1) Memperbanyakkan Puasa Sunat

Telah memberitahu kepada kami Abdullah bin Yusuf Telah memberitahu kami Malik daripada Abi An-Nadhri daripada Abi Salamah daripada Sayyidatina 'Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda S.A.W banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya'ban.

( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya )

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

2) Bertaubat dan beristighfar

Taubat ialah pembersihan rohani kerana taubat itu menjadi tuntutan dalam agama supaya setiap diri individu yang sememangnya tidak ma‘shum ini melakukan taubat pada setiap masa dan ketika.

3)Memperbanyakkan Zikir dan Berdoa

Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang mempersucikan Allah dan membersihkanNya dari sifat-sifat yang tidak layak untukNya.

4)Memperbanyakkan amalan baik dan istiqomah melakukannya

Baginda S.A.W juga menggalakkan kita agar di dalam melakukan sesuatu yang baik terutama dalam ibadat khusus seperti solat sunat, puasa sunat dan sedekah maka ia mestilah dilakukan secara berterusan walaupun sedikit. Ini kerana istiqomah dalam melakukan amalan kebaikan akan mendatangkan perasaan untuk menghisab dan menghitung diri sendiri secara berterusan akhirnya melahirkan individu yang sentiasa mengingati Allah

7/19/2010

Jamak Solat Kerana Belajar.

Soalan:

Sayaseorang pelajar IPTA yang sangat sibuk sehingga tidak sempat untuk mendirikansolat dalam waktunya. Bolehkah saya mendirikan solat Zohor dalam waktu Asar dansebaliknya?

Ani, Kelantan.



Jawapan:

Solathendaklah didirikan dalam waktu yang ditetapkan. Namun jika menghadapi kesukaranumpama kesibukan belajar, kesibukan bekerja, tersangkut dalam kesesakan lalulintas, keletihan, sakit dan sebab-sebab lain yang munasabah, dibolehkanmenjamakkannya. Iaitu mendirikan solat Zohor bersama solat Asar (4+4=8 rakaat)dalam waktu Zohor (jamak taqdim) atau mendirikan solat Zohor bersamasolat Asar (4+4=8 rakaat) dalam waktu Asar (jamak takhir). Solatdidirikan dalam bentuk yang sempurna (4 rakaat) dan bukan qasar (2 rakaat).Qasar hanya dibolehkan ketika musafir.
Rasulullah SAWsendiri pernah menjamakkan solat Zohor dan Asar serta menjamakkan solat Maghribdan Isyak di Madinah tanpa dalam suasana ketakutan atau musafir. Ini bagimenunjukkan kemudahan Islam kepada umatnya [Shahih Muslim, no: 705]

Gerakkan jari ketika tasyahud.

Soalan:

Apakah hukum menggerakkan jari telunjuk secara membuat bulatan ketika duduk dalam solat membaca tasyahhud? Ada yang mengatakan ia sebagai menunjukkan Allah menguasai sekalian alam, adakah ini benar?

Wardah, Taman Melawati, Kuala Lumur.



Jawapan:
Ketika duduk dalam solat membaca tasyahhud, jari telunjuk boleh diangkat tanpa menggerak-gerakkannya atau dengan menggerak-gerakkannya. Cara kedua ialah sebagaimana hadis berikut: “Ketika duduk (tasyahhud), baginda……mengangkat jarinya (telunjuk) dan aku melihat beliau menggerak-gerakkannya dan baginda berdoa dengannya.”[Sebahagian dari hadis Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 1267] Namun gerakan yang dimaksudkan ialah ke atas dan ke bawah, bukan membuat lingkaran atau bulatan.

Tips Bangun Awal Solat Subuh.

Soalan:

Bagaimanakah caranya untuk kita khusyuk dalam solat? Apakah tips-tips untuk bangun awal supaya tidak ketinggalan mendirikan solat Subuh?

Rohayu, Jeli, Kelantan.



Jawapan:

Soalan berkenaan khusyuk dalam solat telah dikupas sebelum ini. Sila rujuk Dara.com edisi Julai 2007. Boleh juga rujuk arkib Dara.com di www.hafizfirdaus.com, ruangan makalah Dara.com, bahagian Soal-Jawab Agama: “Sukar Untuk Khusyuk Dalam Solat”.

Merujuk kepada tips bangun awal untuk solat Subuh, maka tips yang paling penting ialah anda memberitahu diri anda untuk bangun awal. Ia banyak berkaitan dengan sikap dan pemikiran tuan punya badan. Jika pada malam sebelumnya anda berazam untuk bangun awal, anda akan bangun awal. Sebaliknya jika anda berazam untuk bangunlewat atau tidak berazam apa-apa, maka anda akan bangun lewat.

Beberapa tips lain: Pada malam sebelumnya tidur lebih awal. Guna lebih dari satu jam penggera. Pesan kepada ahli keluarga atau rakan-rakan untuk membangunkan anda,sekalipun dengan merenjis air ke muka anda. Lazimkan diri untuk bangun awal sekalipun pada hari cuti, lama kelamaan anda dengan sendirinya akan terjaga awal tanpa jam penggera atau bantuan orang lain.

Soal Jawab Agama Julai 2010

Soalan 1: Nama Anak Angkat.

Apakahharam hukumnya apabila seseorang itu mengambil anak angkat lalu memberi namadengan menggunakan nama ayah angkatnya, tanpa menggunakan “bin” atau “binti”.Adakah ia dibenarkan dalam syarak? Musykil, Sungai Besar, Selangor.

Jawapan:

Jikadiperhatikan nama saya Hafiz Firdaus Abdullah, mudah diketahui bahawa nama ayahsaya ialah Abdullah. Ini kerana sekalipun tidak digunakan “bin”, kebiasaanmasyarakat akan dapat mengenal pasti bahawa nama saya ialah Hafiz Firdaus binAbdullah.

Dalammemberi nama kepada anak angkat, ia tidak boleh disandarkan kepada nama ayahangkatnya tanpa mengira sama ada menggunakan “bin”, “binti” atau tidak. ApabilaEncik Hasan mengambil anak angkat lalu diberikan nama Kamaruddin, tidak bolehdisandarkan kepada namanya. Tidak boleh menamakan anak itu Kamaruddin bin Hasanmahupun Kamaruddin Hasan. Dalil larangan ini ialah firman Allah SWT:

“Panggilahanak-anak angkat itu dengan bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebihadil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapamereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dansebagai "maula-maula" kamu.” [Surah al-Ahzab, ayat 5]



Merujuk kepada ayat di atas, apabila anak angkat itu diketahui nama ayahnya, maka hendaklah disandarkan kepada nama ayah itu. Jika ayah kandung Kamaruddin bernama Syamsul, hendaklah diberi nama Kamaruddin bin Syamsul atau Kamaruddin Syamsul. Jika tidak diketahui siapa ayah kandung Kamaruddin, hendaklah diberi nama Kamaruddin maula Hasan, di mana Hasan ialah nama ayah angkatnya.



Soalan 2: Gelang Berloceng.

Saya baru mendapat seorang cahaya mata puteri. Saya terlalu gembira dan teruja menyambut kelahirannya dengan bermacam-macam barang perhiasan yang saya belikan termasuk gelang kaki. Apakah hukumnya memakai gelang kaki/tangan berloceng atau tidak berloceng?

Nurul Hana, Bandar Sunway.



Jawapan:

Tahniah kerana baru mendapat seorang puteri. Saya nasihatkan kepada diri saya, puan dan ibubapa yang lain untuk menyambut kelahiran putera-puteri dengan cara bersyukur kepada Allah SWT. Antara cara kita bersyukur ialah memperbanyakkan sedekah kepada ibubapa bayi-bayi di luar sana yang serba tidak berkecukupan, sehinggakan tidak mampu membeli pakaian bayi biarpun sehelai. Justeru daripada membeli bermacam-macam perhiasan untuk anak tersayang, belilah beberapa perhiasan sahaja manakala duit selebihnya disedekah kepada mereka yang lebih memerlukannya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” [Surah Ibrahim, ayat7]

Adapun hukum memakai perhiasan gelang tangan atau kaki berloceng kepada bayi, maka ia dibolehkan. Malah ada kebaikan di sebaliknya, iaitu ibubapa dapat mengetahui bayi sudah terjaga dari tidur, sedang merangkak atau sedang bermain-main sendiri.

Larangan memakai gelang berloceng hanya ditujukan kepada wanita yang sudah baligh, kerana bunyi loceng itu – sama ada disengajakan atau tidak – akan menarik perhatian kaum lelaki untuk mengganggu mereka. Allah SWT berfirman: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya…… jangan mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.” [Sebahagian dari ayat 31 surah al-Nur]



Soalan 3: Seks Ketika Hamil.

Adakah berdosa bagi seorang isteri yang sedang hamil dan tidak mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan seks dengan suaminya disebabkan tidak selasa. Kadangkala dia menyebabkan suami berasa kecewa. Situasi tersebut hanya terjadi sepanjang kehamilan si isteri.

Ibu buntu, Seremban.



Jawapan:

Apabila suami meminta hubungan seks dengan isterinya, isteri wajib memenuhi permintaan itu kecuali apabila terdapat penghalang yang dibenarkan syari’at seperti sedang haidh, nifas, sakit dan hamil. Ketika hamil, khasnya pada semester pertama dan ketiga, para pakar perubatan telah menyatakan bahawa pelbagai suasana tidak selesa ketika itu menyebabkan isteri memang tidak berkeinginan untuk melakukan hubungan seks.

Dalam suasana begini, isteri memiliki pilihan untuk bermain-main dengan alat kelamin suami, termasuk melakukan onani (masturbate) untuk suami. Islam melarang onani jika yang melakukannya ialah tuan punya badan. Namun jika ia dilakukan oleh pasangannya, umpama isteri kepada suami atau suami kepada isteri, maka ia dibolehkan. [Dr. Abdullah al-Faqih – al-Fatawa al-Mu’ashirah fi al-Jima’, ms. 69-70]

Jika suami masih tidak puas atau isteri tetap tidak selesa untuk melakukan onani bagi suami, Islam membuka pilihan lain iaitu suami berpoligami. Poligami memiliki banyak hikmah kepada isteri, salah satu darinya ialah meringankan beban seks dalam suasana isteri tidak berkeinginan sementara suami amat berkehendak.

Julai 2010: Berburuk Sangka

Dalam peluang kali ini saya ingin berkongsi sebuah nasihat dari al-Qur’an, iaitu ayat 12 surah al-Hujurat. Dalam ayat tersebut Allah SWT berfirman, maksudnya:

whispering_logo.jpg
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”

Ayat ini Allah mulai dengan seruan “Wahai orang-orang yang beriman…” bererti ia ditujukan kepada kita semua mukminin dan mukminat. Tentu sahaja seruan ini memiliki nilai nasihat yang penting sesudahnya, sekali gus membangkitkan perhatian kita semua. Nasihat itu ialah: “Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”


Sangkaan ialah apa yang kita memberitahu diri kita sendiri, sama ada dalam minda, hati atau kedua-duanya. Atas dasar inilah bersangka baik atau buruk adalah relatif sekalipun terhadap individu yang sama. Izinkan saya memberi contoh tiga rakan sebilik, Sakinah, Aini dan Rohayu. Sakinah disangka baik oleh rakan sebiliknya Aini, tetapi disangka buruk oleh rakan sebiliknya Rohayu. Kenapa wujud perbezaan ini sekalipun terhadap orang yang sama (Sakinah)? Ia disebabkan oleh apa yang diberitahu oleh Aini dan Rohayu kepada diri mereka masing-masing.

Oleh kerana Aini memberitahu dirinya bahawa Sakinah ialah seorang yang baik, maka dia bersangka baik terhadap Sakinah. Manakala oleh kerana Rohayu memberitahu dirinya bahawa Sakinah ialah seorang yang tidak baik, maka dia bersangka buruk terhadap Sakinah. Percaya atau tidak, sangkaan baik dan buruk tidak lebih ialah apa yang diberitahu oleh seseorang itu kepada dirinya sendiri.

Lebih dari itu, kita sebagai manusia memiliki satu kelemahan yang menyebabkan sangkaan lazimnya condong ke arah berburuk sangka. Entah mengapa, manusia cenderung mengintip dan mencari-cari kesalahan orang lain. Selagi tidak ditemui kesalahan, kekurangan dan kecacatan, selagi itulah manusia akan terus mengintip dan mencari-cari. Atas kecenderungan ini, manusia mudah lagi pantas berburuk sangka sekalipun hasil intipan dan pencarian mereka tidak membuahkan apa-apa bukti yang kukuh mahupun muktamad.

Hasil intipan dan pencarian itu pula segera disebarkan kepada orang ramai sehingga menjadilah ia satu umpatan. Umpatan ini merebak sebegitu pantas sehingga mangsa umpatan diburuk sangka oleh sekian ramai orang sekalipun oleh mereka yang tidak mengenalinya. Masing-masing memberitahu dirinya bahawa orang itu “tidak baik” berdasarkan umpatan yang berakar umbi dari intipan dan pencarian yang sejak awal didirikan atas kecenderungan ke arah kesalahan.

Allah sebagai Tuhan yang mencipta manusia amat mengenali kecenderungan ini di kalangan manusia, maka kerana itulah Dia berfirman: “…janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain.”

Rasulullah SAW memperincikan lagi sifat manusia ini dengan sabda baginda: “Berhati-hatilah kalian terhadap prasangka kerana sesungguhnya ia adalah perkataan yang paling dusta. Dan janganlah saling mencari-cari khabar kesalahan, janganlah saling memata-matai, janganlah saling meninggikan harga untuk menarik perhatian pembeli, janganlah saling mendengki, janganlah saling membenci dan janganlah saling membelakangi. Wahai para hamba Allah! Jadilah kalian bersaudara.” [Shahih al-Bukhari, no: 6066]

Hanya sebahagian kecil dari sangkaan adalah benar, iaitu sangkaan yang didirikan atas bukti yang kukuh lagi muktamad. Namun nisbah sangkaan yang benar lebih kecil berbanding sangkaan yang salah. Oleh kerana itulah Allah menyuruh kita menjauhi sebahagian besar dari sangkaan.

Mukminin dan mukminat yang suka mengumpat diumpamakan oleh Allah sebagai: “Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.” Sukakah seseorang itu memakan daging manusia? Tentu tidak. Sukakah memakan daging manusia yang sudah meninggal dunia? Tentu juga tidak. Jika tidak suka, maka tahanlah diri dari mengumpat kerana ia adalah satu perbuatan yang amat jijik, sejijik orang yang makan daging manusia yang sudah mati.

Lalu bagaimanakah keadaannya jika orang yang kita umpat benar-benar melakukan kesalahan itu? Katakanlah Sakinah benar-benar suka merokok, padahal merokok hukumnya haram kerana kerosakan yang ia bawa kepada diri perokok dan orang di sekelilingnya. Jika Rohayu mengetahui Sakinah seorang perokok secara pasti, adakah termasuk dalam kategori pengumpat jika dia memberitahu rakan-rakannya yang lain bahawa “Sakinah hisap rokok!”?

Jawapannya “Ya”, itu termasuk mengumpat. Kewajipan Rohayu ialah menegur Sakinah secara tertutup akan kesalahannya merokok. Menceritakan kesalahan Sakinah kepada orang lain ialah mengumpat yang dilarang oleh Islam manakala menegur kesalahan itu secara tertutup kepada Sakinah ialah akhlak mulia yang dituntut oleh Islam.

Sebagai penutup Allah berfirman: “…bertakwalah kamu kepada Allah.” Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah dengan menjauhi larangan-larangan-Nya di atas. Tahanlah diri dan berpalinglah dari apa-apa lintasan untuk berburuk sangka, mengintip, mencari-cari kesalahan dan mengumpat. Seandainya kita terlanjur melakukannya, segeralah bertaubat kepada Allah kerana “…sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”

7/11/2010

LELAKI PEREMPUAN BERBEZA KE?

Penulisan ini mengandungi banyak cadangan untuk meningkatkan hubungan antara laki-laki dan perempuan melalui pemahaman gaya komunikasi dan keperluan emosional lawan jenis. Penulisan ini menegaskan idea bahawa lelaki dan wanita berbeza sebagai insan yang berbeza dan perlu kepada faham memahami antara satu sama lain ringkas kata "husnu zhon"(baik sangka) sebelum bertindak.

Bab 1

Penting untuk diingat bahawa lelaki dan wanita memiliki sifat-sifat saling berbeza. Lelaki dan wanita perlu menghargai perbezaan, dan berhenti mengharapkan satu sama lain untuk bertindak dan merasakan cara mereka lakukan.

Bab 2

Lelaki senang punya kemampuan mereka diakui dan dihargai, dan benci untuk memiliki mereka dihina atau diabaikan; wanita untuk memiliki perasaan cinta mereka diakui dan dihargai, dan benci untuk memiliki mereka dihina atau diabaikan. Laki-laki tidak menilai perasaan yang sangat seperti dalam pandangan mereka mereka dapat menghasilkan panas berapi-api, perilaku liar yang tidak stabil; wanita tidak menilai kemampuan tinggi seperti dalam pandangan mereka mereka dapat menghasilkan yang sejuk tidak memihak, agresif perilaku kompetitif.

Orang-orang seperti untuk bekerja pada mereka sendiri, dan latihan kemampuan mereka dengan menyelesaikan masalah dengan cepat dan sendirian, wanita suka bekerja sama, dan latihan perasaan mereka melalui komunikasi interaktif dengan satu sama lain. penyelesaian bernilai Lelaki, dan melihat tidak diminta bantuan sebagai merosakkan usaha mereka untuk menyelesaikan masalah sendirian; bantuan perempuan nilai, dan melihat penyelesaian yang tidak diminta sebagai merosakkan usaha mereka untuk meneruskan interaktif. Lelaki keinginan bahawa penyelesaian mereka akan dihargai; perempuan keinginan bahawa bantuan mereka akan dihargai.

Bab 3

Ketika dihadapkan dengan masalah sukar, orang menjadi non-komunikatif sehingga mereka boleh mengetahui bagaimana terbaik untuk membantu diri mereka sendiri, sementara perempuan menjadi komunikatif sehingga orang lain boleh mengetahui bagaimana terbaik untuk membantu mereka. Orang-orang seperti untuk menunjukkan kemampuan mereka dengan dibenarkan untuk menyelesaikan masalah tanpa gangguan; wanita suka menunjukkan perasaan mereka dengan dibenarkan untuk menyambung masalah tanpa gangguan.

Ketika lelaki berkomunikasi, mereka suka untuk sampai ke titik itu, dan umumnya hanya ingin mendengar jika mereka merasa perbualan ada benarnya; wanita senang berbicara demi dirinya sendiri, dan senang untuk mendengar tanpa syarat.

Orang-orang seperti untuk bekerja pada mereka sendiri, dan latihan kemampuan mereka dengan menyelesaikan masalah dengan cepat dan sendirian, wanita suka bekerja sama, dan latihan perasaan mereka melalui komunikasi interaktif dengan satu sama lain. penyelesaian bernilai Lelaki, dan melihat tidak diminta bantuan sebagai merosakkan usaha mereka untuk menyelesaikan masalah sendirian; bantuan perempuan nilai, dan melihat penyelesaian yang tidak diminta sebagai merosakkan usaha mereka untuk meneruskan interaktif. Lelaki keinginan bahawa penyelesaian mereka akan dihargai; perempuan keinginan bahawa bantuan mereka akan dihargai.

Bab 4

naluri manusia adalah mengurus dirinya sendiri, bahkan jika itu berarti mengorbankan orang lain; naluri wanita adalah untuk menjaga orang lain, bahkan jika itu berarti mengorbankan dirinya sendiri. Dalam suatu hubungan, seorang lelaki perlu belajar bagaimana untuk merawat pasangannya daripada mengorbankan keperluannya menyokong sendiri, dan seorang wanita harus belajar bagaimana menjadi dirawat oleh pasangannya daripada mengorbankan keperluannya sendiri menyokong nya , sehingga keperluan kedua dipenuhi. Jika mereka melakukan hal ini berjaya, baik menang, tidak seperti perilaku naluriah mereka di mana satu orang keuntungan dari orang lain rugi. Ini harus bekerja, kerana jika pasangan merasa baik usaha mereka terhadap hubungan yang tidak berjaya dalam menyenangkan pasangan mereka, mereka mungkin merasa sakit hati dan memutuskan untuk kembali ke perilaku naluriah mereka. Sayangnya hal ini kemudian menyebabkan rakan lain untuk melakukan hal yang sama, dan hubungan unravels tak dapat dielakkan.

Dalam suatu hubungan, seorang lelaki harus merasa bahawa perhatiannya diperlukan, dan seorang wanita perlu merasa bahawa keperluan-keperluannya dihadiri. Untuk mencapai hal ini, seorang lelaki harus mengungkapkan keinginannya untuk memenuhi keperluan dan kelayakan untuk menerima rawatan, dan seorang wanita harus mengungkapkan keinginannya untuk rawatan dan kelayakan untuk memenuhi keperluannya. Keduanya harus ingat untuk menghargai, menerima, dan mengampunkan yang lain, dan mengelakkan menyalahkan mereka ketika mereka gagal.

Bab 5

Lelaki bercakap dengan sangat literal untuk tujuan menyampaikan maklumat; perempuan menggunakan lesen artistik dan kosa kata yang dramatik untuk sepenuhnya mengekspresikan dan menyambung perasaan mereka.

Orang-orang seperti anda menyusun fikiran mereka sebelum mereka berkomunikasi, dan memiliki kecenderungan untuk menjadi jauh dan bukan-komunikatif saat mereka merenungkan keprihatinan mereka. Pada saat ini, seorang wanita perlu diyakinkan bahawa pasangannya masih layak nya harga rawatan yang diambil. Wanita seperti untuk menyusun fikiran mereka dalam proses komunikasi mereka, dan memiliki kecenderungan untuk mencurahkan sebuah Litani aduan awam yang berkaitan keprihatinan mereka. Pada saat ini, seorang lelaki harus diyakinkan bahawa pasangan masih tahap dia layak mengurus hal. Keduanya harus berusaha untuk mengelakkan perasaan peribadi untuk menyalahkan ketika pasangan mereka berurusan dengan masalah.

Ketika seorang lelaki bermasalah, dia tidak mahu pasangan untuk mengungkapkan keprihatinan baginya, tapi suka diberitahu bahawa masalah mudah dalam kemampuannya untuk memperbaiki kerana suara implisit kepercayaan dalam kemampuannya. Ketika seorang wanita bermasalah, dia mencintai pasangannya untuk mengekspresikan keprihatinan baginya, tetapi tidak mahu diberitahu bahawa masalahnya sangat mudah untuk memecahkan kerana pemecatan implisit kebimbangan tentang masalah ini. Penyelesaian harus dicari sekali perasaannya telah sepenuhnya mendengar: terlalu cepat penyelesaian membenarkan kemampuan, tapi mengurangkan nilai keprihatinan dia juga bertahan membenarkan kebimbangan masalah, tapi mengurangkan nilai kemampuannya.

Lelaki merasa diaktifkan dan puas ketika mereka pergi untuk menyusun perkara-perkara yang keluar dengan sendirinya, dan merasa dirosakkan oleh simpati yang ditawarkan atau bantuan yang tidak diminta. Perempuan merasa diaktifkan dan merasa senang dengan simpati yang ditawarkan atau bantuan yang tidak diminta, dan merasa meroboh ketika mereka pergi untuk menyusun perkara-perkara yang keluar dengan sendirinya.

Untuk mengakomodasi tanggapan pasangan mereka, masing-masing perlu membuat perubahan kecil untuk perilaku dan komunikasi mereka terhadap yang lain, tetapi tanpa mengorbankan kudrat mereka sendiri benar.

Bab 6

Lelaki berkala baut untuk menutup ketika mereka tiba-tiba takut bahawa kecukupan diri mereka menjadi terancam. Pada saat-saat mereka boleh menjadi sangat didekati, menuntut hak untuk dibiarkan sendiri dan tidak dibenarkan untuk mengekspresikan perasaan mereka, tetapi jika diberikan sokongan oleh ruangan yang diberikan untuk sementara waktu, mereka akan akan merasa lebih baik dan bangkit kembali ke mereka biasa mencintai diri sekali lagi. Hal ini dapat sukar bagi perempuan untuk menangani dan kelajuan dengan tiba-tiba yang laki-laki baut untuk cover, dan yang kemudian bangkit kembali.

Pada saat-saat ketika orang-orang mundur ke diri mereka sendiri, mereka dapat membantu pasangan mereka tidak terlalu bimbang atau tersinggung dengan menyediakan beberapa jaminan singkat bahawa mereka akan kembali pada waktunya. Perempuan harus menolak godaan untuk mencuba mengheret rakan mereka kembali prematur atau mengkritik mereka atas perilaku alam.

Bab 7

Wanita berkala tenggelam dalam depresi ketika mereka merasa sudah waktunya untuk pembersihan emosional dan resolusi. Pada saat-saat mereka boleh menjadi sangat negatif dalam pandangan mereka, tinggal pada setiap masalah yang masalah mereka, termasuk yang lama yang umumnya telah dibangkitkan dan ditangani dahulu, dan jika mereka tidak dapat mencari masalah nyata untuk menumpukan pada, maka mereka akan menemui beberapa hal lain Rawak perlu bimbang.

Mereka menangguhkan sifat muzik mereka memberi, menuntut hak untuk mengekspresikan perasaan mereka dan tidak ditinggalkan sendiri, dan jika disokong dan membiarkan masa yang cukup untuk mendedahkan dan melepaskan perasaan negatif mereka, mereka akan mula merasa lebih bahagia lagi dan kembali ke mereka biasa mencintai diri. Lambatnya di mana mereka tenggelam dalam depresi dan kemudian kembali mungkin sukar bagi manusia untuk menangani.

Pada saat-saat ketika wanita tenggelam ke dalam diri mereka sendiri, mereka dapat membantu pasangan mereka tidak terlalu bimbang atau tersinggung dengan menyediakan beberapa jaminan singkat bahawa itu bukan kesalahan pasangan mereka. Lelaki harus menahan godaan untuk mencuba mengangkat pasangan mereka kembali prematur atau mengkritik mereka atas perilaku alam.

Lelaki menuntut hak untuk bebas dari masa ke masa; perempuan menuntut hak untuk mendengar dari masa ke masa. Ketika seorang lelaki merasa tidak dia menemukan lebih mudah untuk menyokong keperluan wanita untuk didengarkan, ketika seorang wanita merasa mendengar dia menemukan lebih mudah untuk menyokong keperluan lelaki untuk tidak.

Jika perlu berkala lelaki untuk menjadi tidak bertepatan dengan keperluan berkala seorang wanita untuk didengar, penyelesaian yang terbaik adalah bagi wanita untuk membuat hubungannya dengan didengar oleh teman-temannya bukan.

Bab 8

Lelaki dan wanita harus ingat bahawa keperluan emosional lawan jenis yang tidak sama dengan mereka sendiri. Memberikan rakan kami dengan jenis keperluan emosional yang salah tidak akan sangat dihargai.

Jauh di dalam setiap orang adalah kesatria berbaju baja mencari seorang gadis dalam marabahaya yang akan mengasihi dia, dan pancuran dia dengan kepercayaan, penerimaan, penghargaan, kekaguman, persetujuan, dan dorongan. Jauh di dalam setiap wanita adalah seorang gadis dalam marabahaya mencari seorang kesatria berbaju baja yang akan mencintainya, dan mandi dengan penuh perhatian, pengertian, rasa hormat, pengabdian, validasi, dan jaminan. Lelaki harus mendengar dengan penuh perhatian untuk wanita untuk memahami keperluan mereka, mengelakkan marah atau defensif; perempuan harus mempunyai iman di dalam kemampuan laki-laki dan usaha terbaik untuk memenuhi keperluan mereka, mengelakkan cuba untuk mengubah atau mengendalikan mereka.

Bab 9

Komunikasi antara rakan hubungan harus mencintai dan menghormati; serangan verbal Sebaliknya sangat merosakkan. Hal ini sering tidak begitu banyak apa yang dikatakan yang menyebabkan kerosakan, tetapi nada suara dan bahasa tubuh yang menyertainya.

Hujah berkembang pada lelaki gagal untuk membayar perhatian yang cukup kepada perasaan perempuan, dan perempuan yang kritis mencela orang. Mungkin salah satu pencetus awal, kerana tidak perhatian seorang lelaki boleh menyebabkan untuk mendapatkan seorang wanita marah dan mengekspresikan percanggahan, dan penolakan seorang wanita boleh menyebabkan seorang lelaki untuk mendapatkan defensif dan berhenti mendengar bagaimana perasaannya.

Ketika orang membuat kesalahan mereka menjadi frustrasi dan marah, dan paling baik ditinggalkan sendirian sehingga mereka tenang. Lelaki mempertimbangkan permintaan maaf untuk penerimaan bersalah; permintaan maaf melihat perempuan sebagai ungkapan kasih sayang. Perbezaan persepsi adalah mengapa laki-laki pada umumnya lebih kurang bersedia untuk meminta maaf daripada wanita.

Ketika terlibat dalam hujah, orang-orang menggunakan kata-kata yang kuat dan agresif untuk memastikan bahawa mereka menang hujah, dan perempuan sering dipaksa untuk berundur di wajah lawan benar-benar ditentukan dan kepala batu. Lelaki itu merasa bahawa mereka telah memenangi perbalahan, tetapi merupakan kemenangan hampa sebagai rakan mereka belum menukar pandangan mereka, tetapi mereka hanya dikuburkan untuk mengelakkan konflik yang terus meningkat. Kadang-kadang orang lebih memilih untuk mengelakkan hujah bukan terlibat di dalamnya. Lelaki cenderung untuk melakukannya dengan menarik dalam diri mereka sendiri dan menolak untuk berbicara; wanita sering berpura-pura bahawa perbezaan pendapat telah dilupakan. Perdamaian yang dihasilkan adalah satu sejuk, kerana masalah terus bernanah diselesaikan.

Untuk menghentikan degenerasi komunikasi ke dalam hujah, orang harus berusaha untuk mendengar tanpa mendapatkan defensif, dan perempuan harus cuba untuk mengungkapkan perasaan mereka tanpa mengkritik pasangan mereka.

Bab 10

Lelaki merasa dicintai jika usaha mereka untuk memberikan dihargai; wanita merasa dicintai sesuai dengan apa yang mereka terima. Bagi wanita, mencintai seseorang bererti mengetahui dan menghadiri dengan keperluan mereka tanpa menunggu diminta, dan orang yang dicintai sehingga seharusnya tidak pernah meminta sesuatu sebagai keperluan mereka harus diantisipasi sebelumnya. Jadi perempuan memberi tanpa syarat, dan secara proaktif mencari cara untuk membantu orang lain, sementara laki-laki hanya memberikan ketika mereka merasa bahawa usaha mereka akan cukup dihargai dan dihargai, dan sering tidak akan tahu bagaimana atau apa yang harus diberikan tanpa diminta secara khusus. Lelaki sering cepat menangguhkan pemberian ketika perasaan senang kerana telah melakukan sesuatu; wanita hanya boleh menangguhkan memberi ketika perasaan tidak senang dengan pasangan mereka untuk melakukan apa-apa.

nilai hasil Lelaki, kerana perempuan itu berfikir bahawa penting. Akibatnya, orang menghargai hal-hal besar jauh lebih daripada wanita, yang merasa lebih dihargai dengan menerima banyak hadiah kecil sebagai gantinya. Seorang wanita dapat mempertimbangkan seikat bunga untuk menjadi sama baiknya bukti cinta sebagai turun bulan kerja keras menuju membayar bil.

Jika laki-laki dan perempuan tidak mengira dari perspektif yang berbeza, mereka mungkin gagal untuk memberikan pasangan mereka apa yang mereka sebenarnya inginkan. Ketika ini berlaku, orang sering akan menghentikan memberi saat ia merasa ia tidak cukup menerima anugerah semula untuk apa yang telah diberikan, tapi wanita itu akan terus memberi tanpa syarat walaupun dia merasa dia memberi lebih banyak dan sudah mulai merasa tidak dicintai, tidak dihargai dan kesal.

Lelaki harus cuba untuk mengenalpasti berbagai hal kecil untuk diberikan kepada rakan mereka tanpa menunggu diminta pertama, dan harus mengelakkan kesalahan dengan menganggap rakan mereka untuk menjadi bahagia memberi dan tidak meminta apa-apa kembali. Perempuan harus berhati-hati untuk tidak memberikan kesan palsu untuk rakan mereka merasa bahagia ketika mereka tidak, dan jika mereka mulai merasa kesal mereka dengan lembut harus mengurangkan memberi mereka, belajar untuk meminta hal-hal kembali, dan pastikan anda tetap mendedahkan banyak penghargaan terhadap usaha pasangan mereka sehingga mendorong mereka untuk memberi lebih banyak. Lelaki harus berusaha untuk mendengar dengan kasih dan hormat terhadap perasaan perempuan, perempuan harus cuba untuk mengekspresikan perasaan mereka dengan cara yang penuh cinta dan hormat. Jika orang memberi, dan menghargai wanita, keduanya akhirnya merasa bahagia.

Bab 11

perasaan yang tidak teresolve negatif boleh menyebabkan kita untuk bertindak dengan cara-cara kita benar-benar tidak mahu, atau menjadi nyata dalam semua jenis perilaku kompulsif atau adiktif. Elakkan perasaan negatif kita tidak membuat mereka pergi, tapi penuh kasih merangkul mereka dapat menyembuhkan mereka dan membolehkan kita untuk memulakan mencintai lagi. Dengan bertindak sebagai orang tua penuh kasih sayang kepada anak batin kita sendiri, kita akhirnya membiarkan perasaan kita ditekan sepenuhnya didedahkan dan ditayangkan.

Untuk meringankan rasa sakit dan memenangi cinta, lelaki seringkali obsesif mencari sukses, dan wanita obsesif mencari kesempurnaan. Lelaki boleh menggunakan amarah, ego, atau dilupakan (seperti menanam diri mereka sendiri dalam pekerjaan mereka) untuk mengelakkan perasaan terdedah sakit atau takut; perempuan mungkin terjerumus ke dalam kemelesetan atau kebingungan untuk mengelakkan perasaan marah yang agresif.

komunikasi yang konstruktif adalah kemahiran belajar, dan banyak dari kita terlebih dahulu harus melupakan paradigma komunikasi negatif dan penindasan perasaan yang kita alami selama masa kanak-kanak. Komunikasi yang terbaik jika menyajikan gambaran lengkap, sehingga akar masalah terungkap bukan hanya gejalanya.

Menulis perasaan kita turun sangat baik untuk mengekspresikan emosi negatif (kemarahan, rasa sakit, ketakutan, dan menyesal) dengan cara yang terkawal, daripada membiarkan mereka meletup di rakan kami dalam panas saat itu. Setelah itu, kita boleh kembali berkaitan dengan perasaan cinta kita, dan kemudian dalam keadaan yang lebih baik untuk menerangkan kepada pasangan kita apa yang kita rasakan, dan apa yang boleh mereka lakukan untuk membantu kita merasa lebih baik. Adalah penting untuk menyampaikan perasaan-perasaan seperti dalam suasana penuh kasih kerana kita mungkin perlu untuk merasa aman dicintai sementara berkomunikasi dan mengungkapkan perasaan intim tersebut, dan rakan kami mungkin perlu sama jika beberapa perasaan akan menyakitkan untuk mendengar, atau boleh diambil secara peribadi . Pada saat-saat yang sesuai membicarakan mereka dengan rakan-rakan atau kaunselor pertama.

Bab 12

Lelaki suka melakukan hal-hal yang dihargai, dan suka melakukan hal-hal yang dituntut. Criticising dia atau memberikan arahan yang berlebihan akan membuat dia merasa lebih seperti hamba dari yang dicintai dan rakan yang dipercayai.

Lelaki senang untuk membuktikan diri mereka melalui hal-hal yang mereka lakukan, tapi mereka umumnya menunggu untuk diminta, dan memerlukan waktu lama untuk belajar untuk menawarkan perkhidmatan mereka tidak diminta. Oleh kerana itu Perempuan harus mengawal ekspektasi mereka terhadap orang-orang yang mampu menjangka keperluan mereka, meminta bantuan tanpa membuatnya terdengar seperti permintaan kerana mereka membenci perlu melakukannya, dan menghargai bantuan yang mereka terima walaupun harus diminta dulu.

Wanita harus mengelakkan meminta bantuan dari seorang lelaki dengan cara yang baik tidak terdengar seperti permintaan yang jelas, atau membawa kritikan implisit bahwa ia seharusnya sudah melakukannya. Soalan-soalan yang bermula dengan kata-kata 'Bolehkah anda' atau 'Bolehkah anda' sering ditafsirkan oleh laki-laki sebagai mempersoalkan kemampuan mereka, dan kerana itu mereka lebih merespon positif terhadap soalan-soalan yang sama jika mereka mula bukan dengan 'anda' atau 'Adakah anda'. Perbedaannya mungkin kelihatan kecil, tetapi boleh merasa sebagai orang yang berbeza berkata 'Tidak, aku tidak dapat' atau 'Tidak, aku tidak akan' dalam menanggapi permintaan tersebut.

Cara terbaik adalah untuk membolehkan seorang lelaki kebebasan untuk melakukan hal-hal dengan cara dan pada masa yang bekerja untuknya. Jika seorang lelaki sedang sibuk melakukan sesuatu dan seorang wanita memerlukan bantuan tentang sesuatu yang lain, dia harus merasa bebas untuk meminta bantuan, tetapi bersiaplah untuk dia meminta untuk menunda atau bahkan menolak, jika permintaan selalu memerlukan jawapan positif, mereka benar-benar tuntutan, dan laki-laki akan merasakan perbezaannya. Jika seorang lelaki mengeluh tentang permintaan maka ia benar-benar mempertimbangkan itu, dan pendekatan yang terbaik adalah dengan hanya menunggu dia datang ke keputusan tanpa berkata apa-apa lagi, dan bertujuan untuk menerima hasilnya dengan anggun.

Bab 13

Dalam hubungan, perasaan negatif diselesaikan boleh pop up tanpa amaran, dan kami tiba-tiba menjadi marah, atau sensitif, atau jauh. Ketika hal ini terjadi pada pasangan kita kita harus mendorong mereka untuk bekerja melalui itu, menerima bahawa mungkin diperlukan beberapa waktu dan bahawa mereka mungkin memerlukan sokongan dari luar maupun dari diri kita sendiri, dan melakukan yang terbaik untuk mengendalikan ketidaksabaran atau kemarahan kita mungkin merasa ke mereka selama ini kali.

Cinta pasti berubah seiring waktu: bliss murni yang kita rasakan ketika kita jatuh cinta pertama tidak berlangsung selamanya, dan dari masa ke masa kesalahan peribadi kita dan bagasi negatif pasti menjadi terbuka. Tetapi jika kita melekat erat-erat melalui pasang surut kehidupan dan satu sama lain, lalu kebahagiaan awal kami secara berperingkat berubah menjadi bentuk dewasa cinta yang dapat menjadi lebih kuat dan lebih lengkap dengan setiap tahun yang lewat.

7/08/2010

Mashitah dan keluarganya

Sebagaimana maklum, Firaun dengan segala kesombongan dan kebongkakannya telah mengaku dirinya Tuhan dan memaksa semua rakyat jelata menyembah dan memperhambakan diri kepadanya. Barangsiapa yang ingkar akan disiksa dan dibunuh. Begitulah kejamnya Firaun dan kerajaannya. Namun begitu terdapatbeberapa orang yang telah sedar dan beriman kepada Allah di antaranya Siti Asiah, isteri Firaun dan keluarga Masyitah. Masyitah adalah pelayan raja dan lebih terkenal sebagai tukang sikat Firaun. Mereka terpaksa menyembunyikan iman mereka kepada Allah, dengan itu mereka tidak akan diganggu.Tetapi pada satu hari, sewaktu Masyitah sedang menyikat rambut salah seorang daripada puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh dan dia dengan tidak sengaja melatah dan menyebut "Allah". Puteri tersebut apabila mendengar perkataan "Allah", dia pun bertanya kepada Masyitah siapakah"Allah" itu. Masyitah pada mulanya enggan untuk menjawab pertanyaan itu tetapi setelah didesak berkali-kali, Masyitah memberitahu bahawa Allah itu adalah Tuhan yang Esa dan Tuhan sekalian Alam.Puteri itu dengan serta-merta mengadu pada Firaun akan hal Masyitah itu.Firaun agak terperanjat bila mendengar Masyitah menyembah Tuhan selain daripadanya. Maka Firaun dengan kekuasaan yang ada padanya telah memerintahkan menterinya yang bernama Hamman untuk membunuh Masyitah dan kaum keluarganya yang telah menyembah Allah. Firaun sedikit pun tidak mengenang jasa Masyitah terhadap keluarganya. Selain menjadi tukang sikat,Masyitah juga mengasuh dan menguruskan istana Firaun. Tetapi tanpa usul periksa dan kejam Firaun menjatuhkan hukuman kepada Masyitah.Inilah masanya untuk menguji Masyitah, seorang wanita yang lemah fizikalnyatetapi memiliki kekuatan jiwa yang luar biasa. Beliau dengan lapang dada menerima apa sahaja yang hendak dilakukan oleh manusia yang tidak berhati perut itu. Hamman telah memaksa pengawal-pengawalnya untuk menyediakan sebuah kawah yang besar untuk mencampakkan Masyitah dan keluarganya yang ingkar dengan Firaun seandainya mereka tidak mahu kembali kepada Firaun.Masyitah bersama dengan suami dan empat orang anaknya termasuk seorang anaknya yang masih bayi dihadapkan ke hadapan Firaun untuk diberi kata dua sama ada hendak menyembah Firaun atau dicampakkan ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih. Maka dengan tegas Masyitah dan suaminya tetap mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah itulah Tuhan yang Esa dan Firaun hanyalah manusia biasa.Dengan keputusan itu, Hamman dengan tiada rasa peri kemanusiaan mencampaksatu persatu keluarga Masyitah ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih. Sambih ketawa terbahak-bahak dengan nada yang menyindir, Hamman mencampakkan suami Masyitah dahulu diikuti dengan anak-anaknya yang lain.Masyitah melihat sendiri dengan mata kepalanya bagaimana anak-anaknya terkapai-kapai di dalam air yang panas menggelegak itu. Kini tinggal Masyitah dan bayinya yang akan dicampakkan ke dalam kawah tersebut.Syaitan membisikkan ke telinga Masyitah rasa was-was dan kasihan melihat anaknya yang masih kecil itu disiksa sedemikian rupa. Masyitah mularagu-ragu samada hendak terjun ataupun tidak. Tetapi dengan kekuasaanAllah, tiba-tiba anak yang masih bayi itu berkata-kata kepada ibunya,Masyitah : "Wahai ibu, marilah kita menyusul ayah, sesungguhnya syurga sedang menanti kita".Bila mendengarkan kata-kata yang sangat ajaib dari anaknya yang masih bayiitu, dengan rasa kehambaan dan cinta kepada Allah, Masyitah terjun bersama anaknya ke dalam kawah yang berisi air panas itu dan matilah mereka sekeluarga demi mempertahankan iman mereka kepada Allah.Tetapi Allah tidak membiarkan manusia berbuat durjana sesuka hati. Allah datangkan kepada Firaun, Hamman dan para pengawalnya yang membunuh Masyitah dengan azab siksa yang sangat pedih. Allah runtuhkan kerajaan Firaun dan Hamman mati di dalam runtuhan tersebut. Tentera dan para pengawalnya ditenggelamkan di dalam dasar laut. Mereka mati di dalam keadaan kafir.Sebaliknya Masyitah sekeluarga mati di dalam keadaan yang mulia dan bahagia di dalam syurga.Sewaktu Rasulullah s.a.w Isra' dan Mikraj, baginda telah melalui sebuah makam. Makam itu sangat wangi dengan bauan kasturi. Lantas Rasulullah s.a.w bertanya kepada Jibril yang mengiringinya, maka jawab Jibril a.s : "ItulahMakam Masyitah, salah seorang wanita penghulu syurga." Begitulahkeistimewaan yang Allah berikan kepada Masyitah. Walaupun tubuhnya dant ubuh keluarganya hancur, namun di sisi Allah mereka sangat mulia.Wahai wanita yang mukmin, bersabarlah menghadapi hidup di dunia ini.Kesusahan dan kekurangan, kata nista manusia dan kejian di dalam membangunkan Islam itu hanyalah sementara. Bersabarlah dan tenangkan hati dengan banyak mengadu dan mengharapkan keredhaan Allah. Kuatkan iman dan sematkan di dalam hati kecintaan kepada Allah dan Rasul itu melebihi dari segalanya. Patuh dan taat akan perintah suami, didik anak-anak dengan Islam. Insya Allah kita akan selamat di dunia dan akhirat. Marilah sama-sama mencontohi Masyitah yang sanggup mengorbankan nyawanya dan nyawa keluarganya demi mendapatkan cinta kepada Allah. Tidakkah kita inginmengikut jejaknya ?

7/07/2010

Solat dah ok?

Nasihat Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafiz  Solat  Solat adalah sebagai hubungan langsung antara seorang hamba dan penciptanya. Dijadikan sejuk mata ini dengan solat. Apabila Rasulullah s.a.w. menghadapi perkara-perkara yang berat, beliau akan solat, menghadap kepada Allah s.w.t. Manusia sekarang tidak memahami apakah maksud dan faedah solat. Solat yang tidak kusyuk adalah seperti jasad tanpa ruh. Orang yang memberi hadiah kepada raja seorang hamba sahaya tanpa ruh akan dicaci dan dimaki oleh raja itu kerana perbuatan itu adalah seperti menghadiahkan bangkai semata-mata. Rasulullah s.a.w. sering mengatakan kepada Bilal Bin Rabah (r.a.), “Ya Bila! Akim as-salah wa arihna biha“ yang bermaksud: “Hai Bilal! Dirikanlah solat dan rehatkan kami dengannya.“ Ada seorang sahabat yang buta telah berjumpa kepada Nabi s.a.w. untuk meminta disembuhkan matanya. Nabi s.a.w. menyuruh sahabat itu supaya bersabar sahaja dan memberi perjanjian bahawa beliau akan dimasukkan ke dalam syorga. Sahabat itu berkata bahawa dia ingin dimasukkan ke dalam syorga dan juga dicelikkan matanya. Lalu Nabi s.a.w. menyuruh sahabat itu solat dua raka’at dan berdoa, bertawasul kepada Nabi s.a.w. Sahabat itu pun melakukan solat dan bertawasul kepada Nabi s.a.w. dengan mengatakan, “Ya Allah, dengan berkatnya Nabi Muhammad s.a.w., sembuhkan mataku ini.“ Lalu matanya pulih semula. Ada para malaikat yang diciptakan Allah hanya berdiri, rukuk, sujud dsb sehingga hari kiamat. Kita, umat Nabi s.a.w. dengan hanya dua raka’at sahaja sudah diberi ganjaran yang besar. Nabi s.a.w. dipanggil langsung melalui mi’raj untuk mendapatkan solat lima waktu. 6 Syarat Untuk Mendapatkan Solat Yang Kusyuk 1.         Dengan hati yang hadir: merasa kehadiran hati ketika mengucap kalimah-kalimah dalam solat dan ketika melakukan pegerakan (perbuatan) 2.         Harus memahami semua makna-makna yang dibaca di dalam solat 3.         Hati mesti merasakan ta’zim kepada Allah s.w.t. iaitu penghormatan dan pengagungan terhadap Allah s.w.t. 4.         Mesti rasa haibah iaitu takut terhadap Allah s.w.t. Harus digabungkan perasaan ta’zim dan haibah 5.         Raja’ iaitu harapan kepada Allah s.w.t. Bagaimana bisa diterima solat kita tanpa perasaan raja’ terhadap Allah s.w.t.? 6.         Haya’ iaitu perasaan malu terhadap Allah s.w.t. Kita mesti merasa berkekurangan di sisi Allah s.w.t. Orang yang berhati kusyuk dan bercahaya di sisi Allah s.w.t. selalu memiliki hati yang kusyuk di dalam dan di luar solatnya. Kesempurnaan kusyuk dalam solat adalah dengan tidak memikirkan yang lain melainkan kepada Allah s.w.t.  Ada seorang sahabat yang was-was ketika solat oleh kerana sangat memikirkan tentang takutnya terhadap Allah s.w.t. di hari kiamat. Para sahabat Rasulullah s.a.w. sangat hebat dalam kusyuk mereka ketika mereka solat.  Dalam suatu peperangan, Syedina Abbas bin Bishair sedang ditugaskan untuk menjaga khemah sedangkan sahabatnya sedang tidur. Beliau lalu melakukan solat. Ketika beliau sedang solat ada seorang musuh yang tiba dan memanah beliau dan terkena kepada tubuh beliau. Beliau masih melakukan solat (kerana kusyuk). Lalu beliau dipanah beberapa kali lagi sehingga darah beliau mengalir ke lantai dan mengalir kepada sahabatnya yang sedang tidur itu. Sahabat beliau terbangun dan musuh itu melarikan diri. Sahabat beliau sangat hairan mengapa Syedina Abbas tidak batalkan solatnya dan bangaunkannya ketika terkena panah yang pertama. Syedina Abbas berkata bahawa beliau sedang sangat kusyuk membaca surah Al Kahfi. Orang yang solat dengan betul (kusyuk) bisa membuka pintu ma’rifat kepada Allah s.w.t. Hatinya akan mabuk cinta kepada Allah s.wt. Dia hanya akan menyaksikan Allah s.w.t. dan tidak melihat kepada yang lain. Dia akan memandang maksiat sebagai jijik.  Syedina Umar Al Khatab (r.a.) berkata bahawa ada ramai orang Islam yang solat dari umur kecil hinggakan tua tetapi tidak diterima Allah s.w.t. walaupun satu solatnya. Untuk menolong kami mendapatkan solat yang kusyuk, Habib Umar Bin Hafiz nasihatkan supaya ketika masuk ke masjid membaca doa ini:  A’uzubillahil Aziim Wa bi Wajhihil Kariim Wa Sultanihil Qadiim Minas syaitanir rajiim Ertinya: Aku berlindung diri kepada Allah yang Maha Agung dan dengan wajahNya yang mulia, serta kekuasaanNya yang tua daripada bahaya syaitan yang terkutuk. (Dipetik dari “Al-Adzkar“ oleh Imam Nawawi terjemahan Syed Ahmad Semait)   
Dan ketika hendak memulakan solat membaca Surah An-Nas (supaya kita dihindarkan perasaan was-was.)

Orang yang buat dosa tidak bisa merasakan kelazatan bermunajat kepada Allah s.w.t.
 Dipetik dari syarahan Habib Umar Bin Hafiz di Masjid Al Mukminin, Singapura pada 22 Feb 07 Disusun olehNajib Khan Surattee25 Rabiuawal 1428H Nasihat Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafiz 

Rohani oh rohani

IBU bapa adalah contoh atau teladan kepada anak. Sifat zaman berkembang dan rentak perubahan terus berlaku masa kini memerlukan ibu bapa mempunyai contoh teladan diperlukan bagi anak.

Ibu bapa perlu memiliki kualiti bimbingan yang baik supaya anak berada dalam pengaruh budaya keluarga yang sihat. Terlalu banyak pengaruh di luar diri ibu bapa dan keluarga sedang menunggu untuk mempengaruhi anak. Bimbingan yang wajar ditumpukan ialah bimbingan kerohanian atau bimbingan hati.

Umumnya, ibu bapa masa kini sibuk bekerja untuk mencari sumber rezeki. Masa yang berkualiti amat terbatas dengan anak menyebabkan jiwa mereka sering kosong dan lompang.

Tempoh menunggu ibu bapa balik dari kerja amat meresahkan. Sekiranya anak tidak dibimbing dengan tunjuk ajar dan sumber teladan yang baik, naluri mereka akan tersalur menerusi cara yang tidak fitrah. Ia boleh menyebabkan watak, minda, minat dan kecenderungan anak beralih daripada ibu bapanya.

Hari ini kita dapati sebahagian daripada anak hilang nilai akhlaknya yang murni sebaliknya, hanyut dalam arus kerosakan. Ada yang terjebak dalam salah guna dadah, terbabit dalam salah laku sosial parah seperti amalan seks bebas, jenayah juvana semakin meningkat, ada yang meninggalkan rumah tanpa pengetahuan ibu bapa, terbabit dengan zina dan mengandung pada awal umur.

Inilah gejala yang sedang melanda anak dan faktor utamanya ialah apabila institusi keluarga tidak lagi berperanan, ruh keibuan dan kebapaan tercabut daripada rumah dan faktor persekitaran yang merangsang kepada kerosakan minda, emosi, pemikiran, jiwa serta tingkah laku anak.

Jalan fitrah membangun peribadi dan bakat anak ialah memberi tumpuan kepada pembangunan hati dan nurani. Asas rohaniah ini perlu disuburkan supaya akhlaknya berkembang secara sihat. Akhlak anak adalah kunci kepada binaan peribadi.

Kerosakan berlaku kepada anak hari ini ialah akibat asas rohaniahnya tidak subur dan menyebabkan tingkah laku terjejas. Apabila tapak hati tidak terbina dengan nilai baik, jujur, ikhlas, amanah, taat, hormat, yakin diri, anak tidak lagi berada dalam keadaan fitrah.

Tapak hati yang fitrah hanya boleh berjalan menerusi contoh teladan yang ada pada ibu bapa, persekitaran rumah yang merangsang keceriaan dan kasih sayang, anak sentiasa didekati dengan tunjuk ajar berterusan, kesilapan anak ditegur dan diatasi dengan bijaksana serta komunikasi baik antara ibu bapa dengan mereka.

Tapak rohaniah yang dimaksudkan tidak saja berlegar pada sekitar mengajarnya melakukan solat, puasa dan amalan fardu ain lain, tetapi faktor rohaniah adalah pancaran dari hati yang terbina dengan nilai baik dan terlihat pada amal perbuatan.

Anak belajar dari contoh yang ditunjukkan ibu bapa. Setiap pekerti dan perbuatan ibu bapa adalah cermin pembentukan peribadi anak. Amat penting ibu bapa menjadi contoh terbaik kerana anak belajar daripada contoh dan contoh yang hidup dalam keluarga bermula dengan ibu bapa.

Ibu bapa yang taat suruhan Allah boleh mempengaruhi anak melakukan hal sama. Ibu bapa yang sentiasa menjadikan kasih sayang, belaian dan tunjuk ajar kepada anak boleh membantu ke arah kesuburan binaan peribadi mereka.

Bahasa dan kalimah diucapkan oleh ibu bapa secara lembut, jelas dan mendidik boleh mempengaruhi tingkah laku anak. Bercakap jujur, menepati janji, gelagat terpuji, menghormati orang lain, adab sopan adalah antara ramuan rohaniah yang amat perlu bagi anak.

Anak perlu dididik dengan perasaan malu dan syukur. Nilai malu kepada Allah membawa anak malu kepada ibu bapa. Malu dalam erti kata yang luas ialah asas kepatuhan tinggi terhadap perkara baik dan asas penolakan tinggi perkara tidak baik.

Apabila anak diasuh dan ditunjukkan hal baik dan tidak baik dalam tingkah lakunya sambil dinyatakan akibat perbuatan baik serta tidak baiknya terhadap diri dan orang lain, maka malu kepada Allah seharusnya dijadikan sandaran.

Anak perlu disemai dengan jiwa taat kepada Allah dalam bercakap dan melakukan sesuatu, berbahasa dengan ibu bapa dan orang lain dengan menghubungkan perbuatan anak sentiasa dalam pemerhatian Allah.

Adalah suatu amalan yang memalukan kepada Allah sekiranya anak berbohong, tidak jujur, tidak menepati janji, sombong serta takbur kepada ibu bapa dan orang lain. Malu kepada ibu bapa dan orang lain ialah dalam batas selagi perbuatan itu dapat di lihat, tetapi di belakang ibu bapa atau orang lain, Allah amat mengetahui. Malu kepada Allah memberikan daya kawalan baik terhadap hati dan perbuatan diri.

Anak juga harus dididik dengan sifat syukur kepada Allah yang membawa anak kenal diri dan sentiasa terpandu dalam melakukan sesuatu.

SENI BERDAKWAH

Seorang dai yang menyeru ke jalan Allah Ta’âla hendaknya menyampaikan dakwahnya kepada masyarakat dengan cara yang mudah dan sederhana. Hendaknya ia memilih tema yang sesuai bagi mereka, memilih kalimat yang tidak membangkitkan nafsu, tapi yang mendekatkan mereka kepada Allah. Hendaknya ia memilih kalimat yang dapat menyucikan nafs dengan cepat, bukannya ucapan yang memberatkan mereka, yang mereka anggap berat dan sulit. Seorang dai seharusnya mendahulukan yang lebih penting menurut waktu, zaman dan keadaan masyarakat saat itu. Ia harus memperhatikan masalah yang lebih besar dan penting, memperhatikan semua yang fardhu dan kewajiban-kewajiban utama lainnya.

Dakwah dengan tema di atas akan sukses jika metode yang digunakan tidak menyebabkan orang lari dan tidak mempersulit. Dakwah sebaiknya dilakukan dengan memberikan himbauan (targhib) dan juga ancaman (tarhib), sebagaimana dijelaskan dalam berbagai hadis.

Jika berdakwah kepada para pemula, bila mengajak mereka untuk mengerjakan kebaikan, jangan sekali-kali memaksa, jangan menyampaikan permasalahan-permasalahan yang tidak dapat dipahami dan dianggap berat oleh mereka. Sebab, sesuai tabiatnya, nafs akan lari jika merasa keberatan. Dan jika nafs lari, ia akan menentang dan memusuhi kebaikan, kemudian mencari pembenaran (justifikasi) bahwa perbuatannya sesungguhnya baik. Jika pemula memandang ucapan dai tersebut keras, terlalu berat dan tidak mampu ia laksanakan, maka nafs-nya akan memberontak.

Bicaralah kepada manusia sesuai dengan tingkatan pemikiran (pendidikan) mereka. Jika berbicara dalam suatu majelis yang dihadiri oleh orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya, jangan berkata, “Celakalah orang-orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya, nerakalah tempat mereka.” Ucapan semacam ini akan membangkitkan hawa orang yang durhaka tadi sehingga ia akan menentangnya. Akan tetapi hendaknya kita berkata, “Allah Ta’âla berfirman :

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya.” (QS Al-Isra, 17:23)

“Perhatikanlah, bagaimana Allah yang Maha Mulia memberikan wasiat kepada kita, bagaimana Ia menunjukkan kedudukan kedua orang tua. Orang tua memiliki hak dan kedudukan yang agung. Orang yang berbakti kepada keduanya akan memperoleh berbagai kebaikan. Nabi telah memperingatkan kita agar tidak durhaka kepada kedua orang tua. Beliau bersabda begini dan begini.” Jika dakwah disampaikan dengan cara demikian, maka akal dan nafs akan mendengarkan dan nafs tidak akan memberontak.

Dalam ucapan kaum sholihin dan guru-guru kita, banyak kita temukan ucapan-ucapan yang keras, tapi masyarakat menerimanya. Sebab, mereka memiliki hâl dan maqôm yang agung. Jika ucapan itu muncul dari orang lain, masyarakat tidak akan menerimanya dan akan menganggap terlalu berat untuk dilaksanakan. Namun, karena mereka yang mengucapkannya, maka masyarakat mau menerimanya.

Sebagai dai yang masih awam, kita jangan menempatkan diri kita di kedudukan kaum khowwâsh, seperti Habib Alwi bin Syihab, Habib Abdullah bin Umar Asy-Syathiri, ayahku Sayid Muhammad bin Salim atau kaum sholihin terkemuka lainnya. Mereka kadang kala menyampaikan ceramah-ceramahnya dengan keras. Meskipun demikian, ucapan mereka meninggalkan kesan dalam hati pendengarnya. Sebab, mereka memiliki hâl dan maqôm yang mendukung dan masyarakat yang mau menerimanya. Adapun orang-orang seperti kita ini, sebelum berbicara kita wajib memperhatikan dan menyederhanakan pesan yang akan kita sampaikan. Jika ada kata-kata yang sulit, hendaknya kita ganti dengan kata-kata yang mudah dipahami. Sebagai contoh, jika hendak mencegah seseorang dari memutuskan hubungan kekerabatan, jangan berkata, “Di majelis ini ada seseorang yang memutuskan hubungan kekerabatan.” Atau berkata, “Dewasa ini tidak seorang pun yang tidak memutuskan hubungan kekerabatan. Maka mereka semua terkena laknat.”

Meskipun ucapan ini mengandung kebenaran, tapi masyarakat tidak akan menerimanya. Kita tidak boleh berkata demikian, tetapi sebaiknya kita berkata, “Marilah kita perhatikan kerabat kita, marilah kita raih pahala lewat mereka, marilah kita usahakan agar hubungan kekerabatan menjadi sebuah nikmat. Jika kalian mau menundukkan nafs lalu menyambung tali silaturahmi dan berbuat baik kepada mereka, maka kabar gembira bagi kalian, kalian akan memperoleh umur yang panjang dan rezeki melimpah. Sebab, Nabi saw bersabda :

“Silaturahmi memperbanyak harta dan memperpanjang umur.” (HR Bukhari dan Muslim)

Kalian hendaknya menggunakan kalimat-kalimat seperti ini. Jika dakwah disampaikan dengan cara demikian, maka semua orang akan menerimanya. Ucapan kalian menjadi baik dan mudah diterima oleh nafs. Sebenarnya tujuan orang menyampaikan dakwah dengan keras adalah juga untuk menyeru manusia ke jalan Allah, tapi caranya tidak benar. Karena itulah Allah berfirman kepada Nabi kita Muhammad saw :

“Karena rahmat Allah-lah kamu dapat berlaku lemah lembut kepada mereka. Sekiranya kamu bersikap kasar lagi berhati keras, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.” (QS Ali Imran, 3:159)

Pendakwah mesti kreatif, proaktif

ISLAM adalah agama yang lengkap. Nabi Muhammad saw dibentuk peribadinya dalam tempoh 23 tahun untuk menjadi contoh umat sezamannya dan terkemudian. Baginda mempunyai qudwah atau contoh sempurna untuk dijadikan sumber ikutan. Kualiti maksum yang ada pada Rasulullah menjadi sebaik-sebaik contoh pesuruh yang memiliki kecacatan sifar yang membolehkan manusia meneladaninya dengan baik.


Qudwah Rasulullah menghubungkan Islam sebagai agama dakwah dan tarbiah. Jalan dakwah dan tarbiah ini pula menempuh banyak dugaan dan cabaran.

Pendakwah terdahulu diuji dengan pelbagai bentuk ujian, tetapi kesabaran mereka dalam menyatakan yang hak, amat luar biasa. (Watawa saubil haq watawa saubis sabr).

Dustur atau rukun dakwah yang berasaskan bil hikmah wal mauizatil hasanah, wajadilhum billati hia ahsan sentiasa menjadi obor kekuatan dalam membina uslub antara gagasan yang besar dengan hakikat yang serba bejat dan mencabar.

Mereka melakukan olahan bijaksana, menekuni bidang keilmuan yang pelbagai, menampilkan contoh sahsiah yang dihormati dan mampu menampilkan jalan alternatif yang sezaman sifatnya. Dengannya wawasan besar Islam dapat disuburkan secara teratur dan berkesan.

Namun, sepanjang zaman itu juga ada pemeluk Islam bangun dalam orientasi atau suasana dewasanya dengan sentuhan ilmu, rempuhan pemikiran, corak amalan dan budaya hidup yang tidak serasi dengan faham Islam yang syamil atau sempurna.

Ada umat Islam yang syahadahnya Islam, tetapi jelmaan amalnya banyak yang bercanggah dengan roh syahadah yang begitu hebat maknanya. Ada umat yang istiqjal atau gopoh, yang mahukan umat berubah ke arah lebih baik dalam masa segera. Sayangnya, pendekatannya tidak mengambil kira faktor tahap kefahaman seseorang, latar pendidikan dan suasana di mana seseorang itu berada.

Ia menuntut pendekatan atau metodologi bagaimana usaha dakwah dan tarbiah dapat dilakukan supaya pintu minda dapat diketuk dengan kalimah kebenaran.

Begitu juga, pintu hatinya dapat diresapi dengan risalah murni yang membawanya kembali kepada fitrah.

Jalan dakwah itu penting diambil. Hal itu supaya di celah-celah lopak pertentangan politik kepartian, faham kelompok dalam jemaah, di tengah-tengah simpang siur globalisasi dan pengaruh media cetak serta elektronik yang serba menghambat, terbina jalan mengajak manusia kepada wehdah atau kesatuan umat secara bijaksana.

Di tengah-tengah kemelut manusiawi yang pelbagai, tersebar kalimah tarbiah disuburkan di hati insan supaya lahir perasaan kasih sayang dan belas kasihan yang tinggi. Hal ini bakal mendorong daie dan murabbi mendekati hati yang mati dan rasa yang sudah binasa.

Kemungkaran dari sudut seorang daie dan murabbi atau pendakwah dan pendidik perlu jelas. Tetapi, jiwa daie dan murabbi yang memiliki belas kasihan dan kasih sayang yang tinggi akan sentiasa mencari jalan terbaik bagaimana hati-hati yang mati didekati. Begitu juga bagaimana rasa yang binasa dihidupkan semula.

Kesabaran kental dalam menyatakan kebenaran dan hak serta kebijaksanaan dalam mendekati pelaku kemungkaran dan mengolah strategi akan mengukuhkan perjuangan dakwah.

Bayangkan seseorang daie dan murabbi tidak memiliki rasa kasih sayang dan belas kasihan yang tinggi yang menyebabkan terputusnya tali-temali dakwah. Begitu juga kebencian mereka terhadap perbuatan seseorang sama seperti kebencian terhadap orangnya.

Jika ini keadaannya, pasti perubahan sukar untuk berlaku dan kemungkaran akan terus bermaharajalela.

Hakikatnya, meskipun Islam itu agama sempurna, tetapi pemeluknya mempunyai banyak kekurangan. Ada yang memahami Islam sebagai agama rohaniah semata-mata, tanpa menghubungkan agama itu dengan tanggungjawab keilmuan, membangun keluarga, taklif sosial, amanah pendidikan dan sebagainya. Ia tidak menampilkan Islam sebagai suatu cara hidup yang boleh dicontohi.

Akhirnya, kepincangan umat akan berterusan kerana kecenderungannya lebih banyak terhadap perkara asas dan ketidakmampuan mengembangkan faktor asas supaya natijahnya membangun sistem.

Daie dan murabbi harus memiliki ilmu asas Islam secara baik. Dirinya harus menjadi contoh dalam hal kebijaksanaan, kesabaran, tasamuh atau tolak ansur. Ia juga perlu memiliki pengertian mendalam mengenai keperluan manusia dikembali dan dikekalkan dalam keadaan fitrah.

Perkara itu bertambah penting, pada era teknologi maklumat dan telekomunikasi yang kepentingan alat lebih banyak digunakan bagi mengembangkan maklumat dan alat perhubungan. Namun, hakikatnya ia belum tentu mampu membangun minda manusia, menunjuk jalan kebenaran atau memberi keinsafan terhadap pentingnya budaya pesan memesan ke arah kebaikan dan kemakrufan serta budaya tukar menukar maklumat untuk mendekatkan manusia kepada Tuhannya.

Oleh itu, pendakwah dan pendidik mesti bersedia untuk mengharungi cabaran dan ujian yang lebih getir. Hal ini kerana kesyumulan Islam tidak akan dapat diterjemah tanpa tekad tinggi semua pihak bahawa cabaran globalisasi adalah besar sekali.

Ia dapat dilakukan dengan tekad dakwah tinggi dan sifat murabbi yang dapat dicontohi, terutama yang mampu menjadi daya tarik umat, khususnya generasi muda ke arah pemikiran yang lebih fitrah dan budaya hidup yang lebih terarah.

Ia menuntut pengolahan dan pendekatan dakwah kreatif dan proaktif kerana minat di kalangan sasaran hari ini berubah dengan pesatnya.

Di kalangan daie dan murabbi seharusnya bersedia terjun ke tengah-tengah gelanggang menangani cabaran yang sebenar, bukan sekadar mengungkapkan gagasan Islam yang besar.

Tetapi tidak dapat difahami oleh sasaran, khususnya generasi muda yang jurang kefahamannya dengan pengaruh sekitarnya yang cukup membimbangkan. Di sini, letaknya kebijaksanaan dan kesabaran pendakwah dan pendidik merancang lantaran musuh Islam, bukan saja merancang, malah sedang melaksanakannya.

Modal insan bermutu tuntut sahsiah tinggi

PEMBANGUNAN modal insan adalah agenda utama Malaysia dalam perancangan menjadikan Malaysia negara maju memenuhi matlamat Wawasan 2020 yang meletakkan Malaysia maju dalam bidang sains dan teknologi berasaskan acuan sendiri.

Pada Rancangan Malaysia Kesembilan, faktor modal insan menjadi agenda utama dalam menentukan pembangunan Malaysia yang mementingkan ilmu dan kepakaran untuk mencapai tahap negara maju.

Modal insan yang berkualiti tidak sekadar mempunyai ilmu dan kepakaran, keahlian dan profesionalisme tinggi, tetapi mendukung sahsiah tinggi. Sahsiah tinggi penting dihayati kerana jenis cabaran dalam bidang masing-masing tidak saja sifatnya intelektual, teknikal dan profesional tetapi menuntut kualiti amanah, adil, telus dan tulus pada diri.

Modal insan berkualiti tidak saja terbabit dengan kerja mekanikal, profesional dan saintifik tetapi memerlukan etika dan nilai supaya urusan menjadi tulus dan telus. Modal insan yang terbabit dengan salah tadbir, rasuah, mementingkan diri sendiri, oportunis umpamanya tidak akan menjadikan organisasinya cemerlang.

Amalan salah menjadi belenggu dirinya. Dirinya tidak ada kemerdekaan kerana perbuatannya bakal merosakkan negara dan sistem. Amat penting kesedaran etika dan nilai dikaitkan keyakinan bahawa Allah SWT melihat dan menyaksikan apa yang berlaku.

Asas ihsan ini penting dalam melaksanakan amanah pengurusan. Dalam Islam amanah pengurusan ialah suatu ibadat. Melaksanakan sesuatu atas niat ibadat dan apabila melakukannya yakin akan penyaksian Allah SWT mempunyai daya dorong tinggi untuk berlaku jujur dan ikhlas. Inilah asas ihsan yang menjadi tunggak dalam menguruskan sesuatu.

Membina kualiti ihsan membangunkan modal insan adalah penting. Al-Quran ada menyebut kecemerlangan insan dilihat pada takwanya (Surah al-Hujurat, ayat 13) sebagai asas menjadikan manusia insaf bahawa sesuatu yang berjalan dan berlaku sentiasa terhubung dengan Allah SWT.

Insaf ketuhanan menjadi faktor penting menyebabkan etika dan nilai berjalan. Ia dapat memerdekakan diri manusia daripada melakukan perkara tidak baik.

Kemerdekaan serta pembangunan modal insan memerlukan ilmu dan nilai. Pembangunan modal insan tidak hanya cukup dengan latihan yang sifatnya mekanistik. Upaya mekanistik akan menjadi lebih bermakna jika asas nilai dan pedoman bersamanya.

Baik ia seorang saintis, pakar teknologi dan seumpamanya, keperluan terhadap nilai baik dan pedoman berguna adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Apalagi. jika nilai itu datangnya daripada al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

Kemerdekaan dalam erti kata luas ialah membebaskan manusia daripada belenggu perasaan rendah diri, malas terhadap kerja, cuai terhadap tanggungjawab, lebih kurang dalam pengurusan, tidak menepati waktu, tiadanya muafakat dalam membuat keputusan, kualiti dan produktiviti.

Membebaskan belenggu itu harus dihubungkan dengan ganjaran lebih besar mengenai kerja dan tanggungjawab. Jika kerja dihubungkan dengan amanah dan tanggungjawab, lonjakannya akan lebih hebat.

Seseorang tidak akan hanya bekerja kerana rutin untuk mendapatkan gaji tetapi kerja dilihat sebagai tempat melakukan ibadat dalam erti kata luas. Menepati waktu, rasa kepunyaan dan kekitaan terhadap organisasi, jujur terhadap tugas dan tanggungjawab, serius dalam melaksanakan amanah kerja, kualiti dan produktiviti dijadikan keutamaan adalah gambaran bagaimana kualiti modal insan yang berjiwa merdeka dan memiliki daya ihsan tinggi.

Pembangunan modal insan di negara kita perlu mengambil pendekatan intergratif dalam proses pengilmuan dan pendidikan. Pendidikan intergratif menjadikan asas nilai dan etika sebagai sumber utama dan ia diharap dapat membentuk watak pekerja yang sentiasa mengaitkan asas nilai dan etika dengan apa saja jenis pekerjaan dilakukan.

Pekerja Islam umpamanya, tidak harus ada masalah melakukannya. Keyakinan tinggi terhadap Allah adalah faktor utama yang memberikan daya kawalan manusia supaya tidak terbelenggu dengan niat dan cara bercanggah dengan konsep amanah serta telus.

Keyakinan kepada Allah menjadi penggerak dan pendorong manusia melakukan sesuatu. Apabila nilai dan etika Islam sebati dalam niat dan amalan, maka manifestasi amal akan berjalan seiring. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang faham makna dosa dan pahala, halal dan haram akan dapat membezakan yang mana satu amalan baik atau sebaliknya.

Membelenggu diri dengan amalan salah berkait rapat dengan rezeki diterima. Rezeki yang diterima mungkin tidak halal dan tiada berkatnya apabila dibawa balik ke rumah. Jika keinsafan ini ada bagi setiap orang Islam, dengan sendirinya apa saja pekerjaan dilakukan dikaitkan dengan ibadat.

Insan beriman yakin bencana peringatan Tuhan

BENCANA tsunami di beberapa negara di Asia dan Afrika akhir tahun lalu serta terbaru Taufan Katrina yang melanda Amerika Syarikat dilihat oleh sesetengah orang sebagai bencana alam. Bagi orang beriman, faktor alam tidak boleh dipisahkan dengan faktor Pencipta. Sesuatu kejadian yang berlaku tentu bersebab dan ada hikmah di sebaliknya bagi orang yang mahu merenung dan berfikir.

Perjalanan alam ini adalah suatu sunnah Allah bukannya sunnah alam. Sunnah Allah menghubungkan kejadian dengan Pencipta dan Pengaturnya. Sunnah alam tidak menghubungkan manusia dengan Pencipta, malah ia terjadi dengan sendiri. Tidak mungkin alam itu terjadi dengan sendiri seperti tidak mungkin kereta, kapal terbang dan kapal laut bergerak sendiri. Semuanya dipandu dan digerakkan oleh manusia.

Tetapi manusia tidak mampu menggerakkan bintang dan mengawal sistem solar, apa lagi mengatur perjalanan sistem galaksi yang amat raksasa, melainkan ada suatu kuasa yang amat Perkasa mengaturkan semuanya itu. Ia dirujuk kepada kuasa Pencipta iaitu Allah.

Allah menggambarkan perkara ini dalam firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu Allah hidupkan bumi sesudah mati (kering), dan Allah sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi. Itulah tanda kebesaran Allah bagi mereka yang memikirkan." (Surah al Baqarah, ayat 164)

Al-Quran tidak dituntut untuk diimani sebahagiannya dan tidak diimani sebahagian yang lain. Kisah dalam al-Quran, peristiwa dirakamkan, peringatan diberi dan khabar gembira diutarakan serta batasan yang dijadikan pedoman dan prinsip yang dijadikan ikutan adalah cerminan keseluruhan daripada proses pengwahyuan yang perlu diimani oleh manusia. Setiap yang dirakamkan dalam al-Quran membawa maksud dan hikmah tertentu untuk manusia berfikir dan renung. Ia supaya daripada semuanya itu manusia mendapat pengajaran dan iktibar.

Peristiwa Israk dan Mikraj adalah suatu ketentuan Allah terhadap hamba yang terpilih.

Saat kejadian itu terhadap Rasulullah SAW ialah ketika Baginda dihimpit tekanan dan cabaran pedih daripada kelompok penentang yang ingin memadamkan cahaya Allah dan bertekad menghapuskannya dari bumi.

Oleh kerana Nabi Muhammad adalah manusia pilihan Allah untuk membawa suatu risalah besar untuk umat manusia, maka tentu Allah memiliki kekuasaan untuk melakukan apa saja. Bagi orang yang tidak beriman, peristiwa ini dianggap sebagai sesuatu yang lucu dan tidak masuk akal. Tetapi, bagi mereka yang beriman meyakini bahawa Rasulullah bukan seorang pendusta.

Seperti juga apabila berlaku peristiwa tsunami di Aceh, bagi orang beriman, ia diterima dengan penuh keinsafan dan iktibar bahawa kuasa Allah itu mengatasi segala-galanya. Bagi yang tidak beriman, terus bertanya mengapa ia berlaku di suatu tempat di mana orangnya bersembahyang dan beriman kepada Allah. Apa yang Allah tahu tidak sama seperti apa yang manusia tahu. Hikmah di sebalik kejadian kadang-kadang tidak mampu diselami oleh mereka yang tidak beriman.

Tsunami adalah bukti nyata berlakunya kiamat kecil kepada manusia seperti kematian yang juga kiamat kecil kepada setiap insan. Al-Quran memberikan peringatan mengenai kiamat yang sebenar. Gambaran kiamat itu tentunya membabitkan semua, tidak kira apa kedudukan kita pada sisi Allah dan apa suasana pun kita berada ketika kiamat berlaku. Hal ini kerana ia adalah ketentuan Allah. Bagi yang beriman dan beramal salih, Allah akan memberikan tempat setimpal di akhirat nanti. Bagi yang ingkar, sombong dan melampau batas Allah akan memberikan balasan setimpal seperti yang dijanjikan-Nya.

Hal yang sama berlaku terhadapTaufan Katrina yang amat dahsyat menimpa penduduk di Amerika Syarikat. Kalaulah manusia dikatakan memiliki kekuatan meramal dan mengatasi bencana, Allah tunjukkan bagaimana faktor sunnatullah atau ketentuan Allah mengatasi keupayaan teknologi dan saintifik yang dimiliki oleh manusia.

Sebesar mana suatu kuasa manusia, akhirnya terpaksa tunduk terhadap ketentuan Pencipta.

Selagi mana manusia ingkar terhadap sunnatullah dan tidak mengambil iktibar daripadanya, maka selagi itulah manusia tidak akan belajar daripada sifat angkuhnya sendiri. Begitu juga tidak mendapat hikmah daripada sesuatu kejadian.

Firman Allah bermaksud: "Allah menimpakan angin itu kepada mereka (kaum Aad dan Tsamud) selama tujuh malam dan lapan hari terus menerus, maka kamu lihat kaum Aad pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul pohon kurma yang telah kosong (lapuk)." (Surah al-Haaqqah, ayat 7)

Peristiwa Israk dan Mikraj juga adalah ujian Allah kepada manusia. Bagi yang beriman mengukuhkan lagi imannya kepada Allah. Bagi yang ingkar menambahkan keingkarannya kerana bagi yang ingkar mereka tidak percaya kepada yang ghaib. Logik akal mereka hanya bersandarkan kepada sesuatu yang nampak pada penglihatan dan pemandangan mereka. Sedangkan sunnatullah ada pada yang nampak dan ada pada yang manusia tidak nampak. Allah memiliki kekuasaan menampakkan sesuatu untuk manusia percaya dan tidak menampakkan sesuatu untuk manusia percaya.

Sedangkan Allah memiliki kekuasaan menghadirkan yang wujud dan tidak setiap yang wujud mesti maujud atau terlihat dengan nyata.

Roh, umpamanya, wujud pada diri manusia dan tidak maujud seperti adanya tangan dan kaki. Tetapi tangan dan kaki tidak akan bergerak tanpa adanya roh yang memberi hayat kepada manusia. Roh itu bukan milik manusia dan bukan urusannya. Kalaulah roh itu milik manusia dan urusannya, maka roh boleh kekal pada tubuh manusia selama-lamanya.

Oleh kerana roh itu adalah urusan Allah, maka setakat mana roh itu perlu berada pada tubuh manusia ia adalah hak Allah bukan hak manusia. Allah boleh mengambilnya bila-bila masa tanpa meminta izin daripada manusia.

Lenyap kasih sayang punca krisis generasi

RASULULLAH SAW apabila ditanya oleh seorang sahabat mengenai siapa lagi yang harus dipatuhi selepas Allah dan Rasul menyebutkan, Ibumu! Ibumu! dan Ibumu!

Tiga kali ulangan terhadap ibu membayangkan ibu adalah watak penting dalam kehidupan manusia dan keluarga. Tentu ada kekuatan pada ibu yang menyebabkan Rasulullah SAW berkata demikian.

Rasulullah dalam hadisnya menyebutkan juga bahawa,"syurga adalah di bawah tapak kaki ibu." Ia terkandung maksud yang amat besar kepada anak bagi kesejahteraan di dunia dan akhirat.

ibumithali.jpg

Pada diri ibu ada unsur penting dalam proses didik, asuhan, kasih sayang, kesabaran dan memiliki kasih sejati terhadap anak. Mana tidaknya, ibulah yang mengandung anak dengan susah payah selama lebih sembilan bulan. Ibulah yang melahirkan anak dalam kesakitan dan kepedihan. Ibu jugalah yang bangun pada tengah malam menyusukan anak dan menyalin lampin anaknya.

Ibu sebagai pelengkap kepada watak bapa menjadi faktor penting dalam proses pembangunan zuriat, anak dan generasi. Kualiti keibuan sifatnya unik kerana kelembutan dan kasih sayang ibu mendekati anak memiliki upaya didik menyuburkan watak dan peribadi.

Ibu yang berilmu dan berketrampilan dalam memahami proses pertumbuhan dan pembesaran anak baik dari sudut minda, psikologi, emosi dan tabiat, memiliki cara dan kaedah berkesan bagaimana anak harus diremaja dan didewasakan.

Apakah ibu pada masa kini dalam ruang peranan baru hadir di pejabat, kesibukan melakukan kerja pengurusan dan profesional sepanjang hari, mempunyai masa berkualiti dengan anak?

Memadaikah dengan peranan "bibik" atau pembantu untuk memindahkan jiwa keibuan dan budaya keluarga kepada anak. Apabila masa berkualiti ditumpukan di pejabat atau di luar rumah, adakah masa yang berbaki untuk anak.

Keluarga yang melihat hari depan yang baik ialah keluarga yang berasakan anak adalah aset. Anak adalah harta bernilai dan tidak boleh ditukar ganti dengan wang. Apabila kita meninggal nanti, anak yang salih menjadi faktor penting menghubungkan yang pergi dan masih tinggal.

Anak yang diberi makan-pakai yang cukup tidak bermakna sudah sempurna tanggungjawab dilakukan oleh ibu. Makan-pakai adalah perkara asas bagi meneruskan kehidupan, tetapi kasih sayang dan kemanjaan penting untuk membentuk watak dan perangai.

Anak yang tidak mendapat kasih sayang serta kemanjaan daripada ibu akan mencari sumber lain untuk meluahkan perasaan sunyi dan bosan bagi mendapatkan perhatian. Naluri ingin tahu yang tinggi dan sikap aktif anak akan tertumpah kepada rakan sebaya dan juga kepada sumber yang tidak fitrah. Akhirnya, anak tidak belajar daripada ibunya, tetapi belajar daripada orang atau sumber lain.

Bayangkan jika ibu asyik mengejar harta, mengumpul kekayaan saja dan mengabaikan tanggungjawab untuk mendidik serta mengasuh anak. Memadaikah ratusan ribu ringgit yang terkumpul untuk menebus "kehilangan" diri anak yang terjebak dengan salah guna dadah, berada di pusat serenti, terbabit kegiatan "mat rempit" atau terimbau dengan penyakit Aids/HIV.

Harga memberikan kasih sayang, belaian, pemerhatian dan bimbingan terhadap anak amat tinggi nilainya. Lebih-lebih lagi dalam tempoh kritikal sejak lahir hingga ke akil baligh, anak memerlukan tapak tabiat, perangai dan peribadi yang teguh dan kukuh supaya memiliki kekebalan bagi menghadapi cabaran negatif dalam perjalanan hidupnya.

Asas inilah disebutkan Rasulullah SAW bahawa anak lahir dalam keadaan fitrah. Kedua ibu bapalah yang bakal menentukan arah tuju kehidupan anak.

Anak hari ini secara fizikalnya amat aktif. Secara mindanya anak mempunyai naluri ingin bertanya yang tinggi. Anak memerlukan pujian dan apresiasi bila melakukan sesuatu yang membawa kepada kemajuan dan kejayaan.

Anak juga memerlukan contoh supaya hidupnya terbimbing. Apakah ibu memiliki kualiti ini dan sesuai pula dengan zaman. Pada hari ini anak terdedah dengan benda dan perkara mencabar dari dunia cetak dan elektronik.

Rasa selesa dilalui kebanyakan keluarga menyebabkan anak muda mempunyai kecenderungan berfoya-foya. Rasa kesempitan ditanggung sesetengah keluarga menyebabkan anak terbiar dan terjebak dalam amalan salah guna dadah dan pergaulan bebas membawa kepada kerosakan akhlak.

Minat anak muda dengan agenda hiburan dan suasana yang memberi ruang kepada pergaulan lepas bebas memang kuat. Contoh artis dan penyanyi di media elektronik dan cetak tidak mewakili watak yang santun, gerak geri tertib dan indah.

Sebaliknya "idola" yang menjadi pujaan ialah memiliki rambut tegak tidak terurus, pakaian mendedah menampakkan susuk dan pusat, pekikan suara yang sudah kehilangan harmoni dan kebingitan bunyi muzik memekakkan telinga.

Keadaan seperti itu tidak membantu untuk melahirkan anak yang santun, tertib serta memiliki disiplin dan akhlak tinggi. Ia tidak menyumbang kepada pembinaan sahsiah contoh.

Pemikiran anak seperti ini tidak akan berkembang. Mentaliti perbualan hanya kepada hal remeh sekitar gosip, kahwin cerai artis dan selebriti SMS. Anak dimatikan hatinya daripada memperlihatkan rasa malu, hormat, patuh kepada ibu bapa dan orang tua. Anak dirangsang minda dan nafsunya untuk menyunsung slogan "hidup muda remaja hanya sekali".

Dewasa ini, kita menghadapi krisis generasi. Ramai remaja yang sedang kehilangan arah dalam kehidupan dan mengalami kecelaruan membuat keputusan. Ada ramai di kalangan generasi muda tidak lagi merujuk kepada ibu untuk mendapatkan nasihat dan beralih kepada rakan sebaya untuk mendapat pedoman.

Ramai di kalangan remaja yang tidak lagi mendengar cakap dan pedoman ibu dan tidak menjadikan ibu sebagai pemberi nasihat, penunjuk jalan atau pun tempat berkongsi masalah.

Justeru, ibu perlu kembali kepada peranan asal sebagai pendidik awal kepada anak. Meniupkan obor kasih dan cinta sayang yang tak kunjung padam. Menjadi tempat rujukan anak di saat perlu.

Sumber teladan terbaik membangun diri. Tempat meluahkan perasaan dan mencari suluh pedoman bila jiwa anak tertekan. Mampu membahagikan masa berkualiti untuk anak.

Berdakwah zaman mencabar harus bijaksana

ALLAH SWT menurunkan wahyu kepada Rasulullah SAW untuk disampaikan kepada manusia. Rasulullah SAW menghazamkan makna al-Quran dalam peribadinya sehingga isterinya, Saiditina Aishah menghubungkan akhlak Rasulullah sebagai akhlak al-Quran.

Dari situ lahirlah qudwah atau contoh untuk dijadikan sumber ikutan manusia. Di samping sifat siddiq dan amanah Rasulullah SAW, Baginda membuktikan menyampaikan (tabligh) kebenaran itu menjadi kewajipan paling utama. Al-Quran tidak diturunkan dalam kekosongan.

Al-Quran turun berdepan dengan hakikat kehidupan manusia. Ayat Makkiyyah atau Madaniyyah turun dalam konteks sosiobudaya, realiti sistem kepercayaan dan gaya hidup yang memerlukan metodologi amat serasi. Di Makkah ayat yang menyentuh aspek akidah menjadi keutamaan dan di Madinah ayat mengenai syariah dan cara hidup menjadi landasan.

Al-Quran adalah mukjizat Allah yang membawa kebenaran untuk difahami dan diterima manusia. Ia adalah amanah untuk disampaikan kepada seluruh manusia. Al-Quran dalam Surah al-Imran, ayat 104, memberikan asas perlu ada sekumpulan manusia menyeru, mengajak, memanggil, melakukan tabligh atau dakwah iaitu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar.

Rasulullah SAW juga memberikan pedoman mengenai metodologi dakwah iaitu bijaksana memahami realiti yang ada, berikan hujah terbaik dan jika berlaku perbezaan pendapat, lakukan dengan baik.

Surah al-Asr juga memberikan asas supaya dalam menyampaikan kebenaran, kesabaran menjadi pedoman terbaik. Islam adalah agama dakwah. Rasulullah SAW, sahabat, tabie dan ulama adalah pendakwah serta pendidik. Wujudnya usaha dakwah dengan kegigihan, kebijaksanaan dan pengorbanan di kalangan mereka, menyebabkan Islam sampai ke alam Melayu dan berkembang sehingga ke hari ini.

Kerja dakwah adalah tugas mulia. Realiti masyarakat sifatnya dinamik berubah. Faktor persekitaran dan perkembangan semasa, sama ada dalam ilmu, maklumat, teknologi dan hiburan banyak memberi kesan terhadap gaya serta cara hidup manusia.

Oleh itu, persiapan pendakwah dari segi ilmu, maklumat dan metodologi juga perlu canggih supaya wujud keseimbangan antara faktor menarik dan menolak dengan faktor mengajak mereka kembali ke jalan benar.

Sebagai dai’ dan murabbi, kita tidak boleh lari atau berkecuali daripada keadaan yang ada. Kebijaksanaan harus dicari, metodologi dakwah harus diteroka, kreativiti harus digarap supaya antara faktor yang dinamik berubah mampu diimbangi asas kefahaman Islam yang mampu membimbing manusia ke jalan ilmu dan syarak.

Rasulullah SAW mendekati bapa saudaranya, Abu Talib dengan penuh hemah dan kebijaksanaan. Baginda menyampaikan maklumat terbaik kepadanya. Usaha melakukan yang terbaik adalah tugas dai’ dan murabbi tetapi harus diinsafi bahawa yang memberikan hidayah adalah Allah SWT.

Hakikatnya, cabaran terhadap manusia adalah sama. Pada zaman jahiliyah, jenis manusia adalah ingkar terhadap wahyu Allah. Sifat jahiliyah adalah sifat sepanjang zaman. Keingkaran manusia juga berlaku pada masa kini, malah boleh berlaku pada masa depan. Tanpa dakwah dan tarbiyah, manusia akan bertambah jauh daripada kebenaran.

Yang membezakan zaman lalu dengan zaman kini ialah asas mekanistik yang berbentuk teknologi. Pada hari ini, kekuatan teknologi media cetak, elektronik, sistem komunikasi dan telekomunikasi memberi kesan hebat kepada penonton dan pengguna. Usaha menyampaikan amanah Allah juga memerlukan kecanggihan.

Jika tidak, dakyah atau usaha pihak yang sedang melakukan tipu daya dan penyesatan dalam pelbagai cara akan bertambah subur dan memberi kesan terutamanya kepada generasi muda.

Generasi muda Islam masa kini tidak sama dengan generasi Islam masa lalu. Mereka terdedah dengan perkara baru yang mencabar sehingga setengahnya cair dan hanyut dengan budaya popular Barat yang menyebabkan kerosakan kepada minda, akhlak dan gaya hidup. Jika kerosakan terus berlaku, bayangkan jenis generasi yang bakal lahir bagi menawarkan kepimpinan Islam pada masa depan.

Keadaan itu menuntut ketrampilan pendakwah melakukan tabligh atau dakwah dan tarbiyyah dai di gelanggang. Ada setengah umat Islam semacam putus asa dengan apa yang sedang berlaku dan menyerahkannya kepada takdir. Tetapi, perlu ada di kalangan umat melihat situasi sebegini sebagai cabaran melakukan dakwah.

Sekitar 70-an dan 80-an, dakwah lebih banyak menumpu kepada perubahan pemikiran dan hati. Tetapi, hari ini pendekatan dakwah harus menyesuaikan diri dengan kecanggihan teknologi yang sangat memberi kesan terhadap cara hidup manusia.

Sedikit dakwah yang berlaku kadang-kadang cair dengan dakyah yang berjalan. Ia menyebabkan sebahagian generasi muda menjadi celaru dan keliru kerana dakwah dan dakyah membawa dua sistem nilai berbeza. Yang satu mengajak manusia melakukan kemakrufan dan satu lagi menyediakan jalan kemungkaran.

Dekad terdahulu, kita berdepan dengan masyarakat daif ilmu dan maklumat. Hari ini, kita berhadapan dengan masyarakat berpelajaran, kelas menengah yang semakin meningkat, arus kemewahan dan keselesaan yang ketara. Ia mencabar pendakwah mencari jalan terbaik bagaimana dakwah boleh berjalan.

Jika usaha dakwah diolah dengan bijaksana, sama ada melalui laman web, internet, lama sembang, blog, penghasilan buku dan karya kreatif mahupun melakukan komunikasi menerusi perbincangan, pertukaran pendapat, seminar dan bengkel dan ziarah, ia boleh meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap Islam.

Kekuatan peribadi, akhlak bentuk pemimpin mulia


PENDEKATAN bersepadu memberikan kepentingan nilai yang berasaskan agama, budaya dan tradisi yang baik diungkapkan dengan bijaksana dan sifatnya merentasi kurikulum dan kokurikulum.


Dalam konteks masyarakat berbilang kaum, proses kesalingan dan kekenalan atau litaarrafu perlu disuburkan. Ia supaya wujud proses menghargai dan menghormati nilai positif dan perbezaan. Dengannya juga bakal teradun nilai bersama yang menyumbang ke arah pengkayaan hati budi dan tidak bercanggah dengan faktor akidah dan syarak.

Sekiranya pendidikan Islam difahamkan sebagai pendidikan akidah, ibadah dan akhlak semata-mata tanpa melihat kepentingan ilmu alat seperti matematik, sains dan teknologi, pembangunan manusia hanya berlaku dalam konteks kekuatan peribadi dan akhlak serta menafikan pemahaman dan penguasaan ilmu alat.

Sumbangan yang bakal diberikan kepada pembangunan umat tidak akan menyeluruh sifatnya. Hal yang sama juga boleh berlaku apabila pembangunan pendidikan hanya menumpu kepada kekuatan ilmu alat dan melupakan kepentingan nilai. Kita akan melahirkan manusia mekanistik dan robotik yang hilang etika dan kemanusiaan tinggi.

Jalan terbaik ialah mengambil pendekatan integratif yang mampu menggabungkan kedua-dua keperluan utama iaitu kekuatan peribadi dan akhlak serta keunggulan penguasaan ilmu alat. Sekiranya generasi muda Islam memiliki dua kekuatan ini, corak perubahan negara dan umat pada masa depan tentunya berada dalam acuan kita sendiri.

Acuan yang bermaksud pengolahan sistem nilai yang dinamik. Ia juga mampu menjadi asas amalan dan dimanifestasikan dalam jihad ilmu dan pendidikan.

Memang diakui salah satu cabaran terpenting dalam jihad ini ialah memahami konteks perubahan, pembangunan dan kemajuan yang pernah berjalan mengikut perspektif Islam. Begitu juga perubahan, pembangunan dan kemajuan mengikut perspektif semasa yang paksinya ialah pembaratan.

Globalisasi yang sedang berjalan adalah bukti jelas bagaimana hegemoni Barat begitu rancak menjebak umat Islam, khususnya generasi muda. Keadaan itu sehingga menimbulkan persoalan moral dan sosial yang amat menakutkan.

Faktor perubahan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Ia adalah fitrah dalam kehidupan dan tamadun umat manusia. Suatu ketika dulu kegemilangan tamadun berpusat di Andalusia dan Baitul Hikmah. Ia dilambangkan dengan kekuatan ilmu yang integratif dan menjadi rujukan Barat dan Timur lebih 600 tahun. Selepas kejatuhan Baghdad dan Andalusia, kebangkitan Barat semakin terserlah. Mereka melakukan misi penjajahan serta pengembangan ilmu dan pendidikan yang tidak lagi bertunjangkan nilai murni. Sebaliknya, mewujudkan faham orientalisme yang meremehkan Timur dan Islam.

Globalisasi kini adalah mercu tanda penguasaan Barat terhadap Timur dan Islam. Ia menyebabkan Timur dan umat Islam menjadi pengkagum dan pengguna setia terhadap produk Barat dalam pelbagai bentuk.

Dalam konteks umat Islam, nostalgik atau kagum terhadap kehebatan silam harus didukung dengan upaya strategik memahami faktor semasa. Hal ini supaya ia releven dengan tuntutan sezaman dan cabaran lingkungan.

Mengagumi model masyarakat madani yang dibina oleh Rasulullah SAW di Madinah, umpamanya, mestilah dalam pengertian yang amat mendalam terhaadap roh, semangat dan prinsip yang di tinggalkan oleh Rasulullah SAW. Hal ini supaya ia mampu diterjemahkan dalam realiti yang sudah berubah.

Memahami perubahan dalam konteks Islam merujuk kepada perubahan bentuk, bukannya isi. Maksud atau maqasid daripada perubahan selalunya tidak berubah. Pada zaman Rasulullah SAW, unta, kuda dan keldai digunakan sebagai alat kenaikan dan pengangkutan. Pada hari ini kereta, lori dan jet digunakan sebagai alat kenaikan dan pengangkutan. Perubahan kepada bentuk ini tidak boleh dielakkan kerana perkembangan ilmu, penyelidikan dan kemajuan teknologi terus berlaku. Tetapi, maksud perubahan ini tetap tidak lari daripada maqasid utama pengangkutan iaitu bagi kepentingan penumpang dan membawa barangan.

Hal yang sama juga dalam prinsip riba yang menjadi pedoman muamalah, jual-beli dan perdagangan dalam Islam. Pada zaman Rasulullah SAW transaski berlaku secara tukaran barangan dengan mengekalkan amalan tanpa riba. Pada masa ini proses transaksi berlaku dengan lebih canggih. Pewujudan Bank Islam dan Takaful Islam, umpamanya, berjalan menggunakan mekanisme semasa tetapi larangan terhadap riba tetap dipatuhi. Perubahan transaksi berubah dari segi bentuknya.

Antara strategi utama yang boleh mencapai matlamat mengisi perubahan ialah dengan melakukan proses pengIslaman ilmu. PengIslaman ilmu adalah suatu tuntutan bagi menghadapi globalisasi.

Kepemimpinan, Dakwah Perlu Dimensi Baru

KEDATANGAN tahun baru 2005 memberi kesempatan manusia bermuhasabah atau menilai diri. Proses ini amat penting supaya kita boleh mengetahui sejauh mana kemajuan diri dalam strategi menyumbang ke arah peningkatan kualiti bangsa dan umat.

Bagi warga umat yang insaf akan cabaran terhadap agama, lazimnya mengambil kesempatan menilai kelemahan silam dan merancang kekuatan hari muka.

Isu pokok bagi kita adalah keengganan berperanan sebagai dai dan murabbi atau pendakwah serta pendidik yang sentiasa mempunyai tekad mengajak atau menyeru manusia kepada yang makruf atau baik dan mencegah yang mungkar atau buruk.

Tugas seorang dai dan murabbi amat mulia. Sekiranya dalam masyarakat tidak lagi wujud dai dan murabbi yang menyampaikan sesuatu yang hak dengan kesabaran, tidak mungkin masyarakat dapat dipertahankan kekuatannya mencintai dan menghayati agama.

Kerenah manusia kini amat mencabar iltizam dai dan murabbi. Oleh itu, tahun yang berlalu mengajak dai dan murabbi merenung sejauh mana dengan ilmu yang ada, pendakwahan dan proses mendidik yang berlalu berjaya menarik perhatian sebilangan anggota umat terhadap pentingnya menjaga imej agama. Begitu juga dalam memelihara martabat umat supaya keunggulan Islam itu terlihat pada akhlak, pekerti dan amalan penganutnya.

Pada tahun mendatang ini, mereka tentu mempunyai tekad untuk melipat gandakan usaha dan perancangan untuk menyuburkan kesedaran Islam serta mengajak dan mendidik manusia kembali menghayati agama fitrah ini. Mereka tentu ada tekad untuk mengajak umat Islam berasa syukur menjadi seorang Islam yang mempunyai jiwa muttaqin.

Seorang ibu dan ayah pula harus ada keazaman menilai gelagat anak-anak sama ada kecenderungan mereka terhadap yang baik atau sebaliknya. Keinsafan ini harus membangunkan tekad baru ayah dan ibu untuk mengekalkan kebaikan yang ada pada pekerti anak-anak dan mengatasi gelagat buruk sekiranya ada.

Anak-anak adalah penerus perjuangan ibu dan ayah. Jangan biarkan anak-anak tewas dalam pertarungan zaman remaja dan mudanya hingga sebilangan besar mereka menjadi warga ‘Pusat Serenti’. Kasihani mereka yang belum matang memahami makna hidup dan kerenahnya. Jangan biarkan mereka terjebak dalam kemelut sosial dan menjerumuskan mereka ke lembah pergaulan yang tidak terbatas.

Seorang guru pula harus memiliki keinsafan bahawa generasi terbaik yang mempuyai ilmu dan sahsiah tinggi perlu dibentuk. Hal ini supaya generasi berpotensi ini berupaya menyumbang terhadap kemajuan diri, bangsa dan umatnya.

Bayangkan kalau anak didik ini termasuk ke dalam golongan orang yang tercicir. Negara dan umat bakal diwarisi dengan beban manusia yang bukan saja tidak menyumbang ke arah kemajuan negara dan umat, malah terpaksa menyediakan peruntukan banyak bagi mengambil langkah pemulihan yang tidak ada batas tepinya.

Anak didik memerlukan kasih sayang dan perhatian jernih di kalangan pendidik yang jujur dan ikhlas. Lihatlah mereka seumpama anak sendiri yang dahagakan ilmu dan bimbingan supaya menjadi manusia berguna terhadap bangsa, umat dan negara.

Seorang penerbit atau penulis dalam media cetak dan elektronik harus memiliki keinsafan mendalam. Mereka perlu dapat bertanya kepada diri terhadap sumbangan yang dilakukan terhadap program penerbitannya. Adakah ia menyumbang ke arah memberikan maklumat berguna kepada warga penonton atau berorientasikan hiburan yang mendidik atau drama yang memberikan kesedaran teladan? Adakah ia tidak lebih mengisi ruang menepati sasaran pulangan komersial tanpa mempedulikan nilai kesantunan dan teladanan mendidik berguna? Adakah ia menyebabkan generasi muda dirangsang ke arah pemikiran berfoya-foya hingga akhirnya menjebak mereka dalam suatu kemelut tingkah laku yang juga membebankan negara dan umat?

Begitu juga seorang penulis harus insaf terhadap bahan yang ditulisnya. Apakah yang ditulis menyatakan kebenaran dan kebaikan secara bijaksana? Atau ia adalah sensasi murahan untuk menimbulkan keasyikan, ketahyulan dan rasa 'idola' tinggi terhadap manusia popular hingga wujud kelekaan yang parah terhadap tanggungjawab mendidik bangsa dan umat.

Penerbit dan penulis dalam cabaran media cetak dan elektronik amat penting menyumbang secara bersama ke arah meneguhkan peribadi umat dan mempertangkas keupayaannya untuk terbabit dalam arus perjuangan menempuh gelombang perubahan yang amat mencabar.

Keutuhan dan kekuatan sesuatu bangsa dan umat banyak bergantung kepada kekuatan ilmu serta nilai murni yang mampu dikembang secara kreatif dan bijaksana. Begitu juga dipertahankan secara berhemah dan berhikmah.

Kita dahagakan bahan penerbitan bersifat mendidik, di samping terhibur. Kita juga mahukan bahan tulisan yang meningkatkan kualiti diri dan maklumat, yang menjadikan mereka lebih insaf, sedar dan matang terhadap tanggungjawab bina-bangsa dan umat.

Seorang ketua atau pemimpin tentunya melihat silih gantinya tahun sebagai titik-renung dan fikir terhadap kesejahteraan pengikut dan rakyat.

Umat Islam memerlukan kepemimpinan telus dan tulus serta amanah. Tidak ada syarat lain yang boleh dijadikan landasan dalam memberi khidmat terbaik, melainkan dengan keinsafan yang cukup mendalam terhadap rintihan bangsa dan umat yang mahukan kepemimpinan teladan. Mereka mahukan pemimpin yang sentiasa mempunyai tekad membangunkan bangsa atas jalan bijaksana dan membangunkan umat atas amanah terhadap Tuhannya.

Pada tahun baru ini, kita harus memupuk kesedaran yang mendalam bahawa tidak ada jalan singkat untuk maju dan membangun, apalagi menjadi contoh kepada orang lain.

Jalan yang berliku di hadapan kita harus mampu dilalui dengan ilmu yang meningkat; teladan diri yang dapat dicontohi; ketelusan terhadap amanah dan ketulusan dalam melaksanakan tanggungjawab. Mereka hendaklah sentiasa meletakkan kepentingan bangsa dan umat mengatasi kepentingan peribadi dan kelompok berpandukan keredaan Allah dan teladan Rasulullah.

Akhlak penentu darjat kemuliaan manusia

AKHLAK adalah mutiara yang sangat bernilai dan penting bagi manusia. Ia mempunyai harga dan cahaya yang menambahkan kecantikan. Tanpa akhlak, manusia hilang harga diri dan tidak dihormati.

Dalam tradisi Islam, akhlak tidak sama dengan moral. Moral, bahasa latinnya 'mores' membawa makna nilai amalan yang normatif atau lazim berlaku dan menjadi amalan semasa.

Akhlak mempunyai makna lebih luas iaitu zahir batin yang merujuk kepada 'Khuluq al-Quran' atau 'akhlak al-Quran'. Ia menjadi rujukan akhlak Nabi Muhammad SAW seperti disebutkan isterinya Saidatina Aishah.

Moral biasanya amalan serta penampilan baik dilakukan dan sifatnya berubah-ubah. Amalan gay dan lesbian yang berlaku di Barat suatu ketika dulu dianggap salah, tetapi hari ini ia sudah diterima sebagai sesuatu yang lazim.

Akhlak berasaskan al-Quran membawa nilai yang tetap dan fitrah kerana Islam menjaga kemaslahatan manusia di mana asas kesejahteraan menjadi kuncinya. Meminum arak, berjudi, bertenun nasib, berzina umpamanya adalah amalan tidak berakhlak.

Pedoman al-Quran itu tidak akan berubah disebabkan faktor masa dan zaman kerana ia berkaitan pekerti buruk yang boleh merosakkan kesejahteraan hidup manusia walaupun majoriti manusia memilih jalan itu.

Akhlak dalam tradisi Islam tidak difahamkan dengan maksud yang terbatas melalui penampilan tingkah laku, budi bahasa dan tutur kata saja. Ia sebenarnya berkait dengan komitmen amal seseorang.

Apabila akhlak Rasulullah SAW digambarkan sebagai akhlak al-Quran, ia bermakna ajaran al-Quran itu hidup pada diri, cerminan pada peribadi dan amalannya. Akhlak al-Quran tidak saja mengajar umat beriman mengenai tauhid dan takwa, tetapi menampilkan watak amali mendukung makna tauhid dan takwa dalam amalan serta perbuatan.

Tauhid mendidik manusia yakin bahawa Allah itu Maha Berkuasa dan Perkasa, Dialah Pencipta dan Pentadbir Alam ini. Jika ada manusia mempunyai pendirian bahawa dirinya maha berkuasa, penentu akan segala, maka terlihat pada dirinya ialah sifat zalim, angkuh dan sombong yang bercanggah dengan akhlak Islam.

Takwa memberi makna mengenai insaf-ketuhanan yang tinggi dan ukuran kepada kecemerlangan amal. Al-Quran dalam surah al Hujurat, ayat 13, memberikan asas bahawa, "kemuliaan manusia itu berlandaskan takwa."

Insaf-ketuhanan adalah kunci perlakuan seseorang. Apabila manusia bertakwa ingin melakukan sesuatu dan meyakini bahawa orang lain tidak melihatnya, tetapi Allah melihatnya, pada dirinya sudah wujud daya kawalan dan pedoman menyebabkan ia berada dalam sikap serta pendirian terpandu. Natijah perbuatan dan amalannya akan menjadi baik dan memberi kesejahteraan kepada yang lain.

Akhlak Rasulullah SAW terlihat pada kesabaran dan jihad ilmunya yang tinggi. Seorang perempuan Yahudi yang berasa tidak senang dengan Rasulullah SAW yang membawa risalah tauhid membalingnya dengan sampah setiap kali Rasulullah SAW lalu depan rumahnya.

Ia membayangkan kebencian amat sangat terhadap diri Rasulullah SAW yang membawa risalah kebenaran. Rasulullah SAW sabar menghadapi kerenah itu kerana hakikatnya ia tidak tahu maksud risalah yang dibawa.

Suatu hari perempuan itu sakit dan tidak lagi membaling sampah apabila Rasulullah SAW lalu di hadapan rumahnya. Rasulullah SAW berhenti di rumah jiran perempuan itu dan bertanya khabar mengenai dirinya. Lalu dikatakan beliau sedang sakit.

Rasulullah SAW meminta izin menziarahinya. Amat terkejut perempuan Yahudi itu terhadap pekerti mulia seorang manusia yang amat dibencinya menziarahi ketika dirinya sakit. Akhlak Rasulullah SAW memikat perempuan Yahudi itu lalu memeluk agama Islam.

Akhlak Rasulullah SAW juga terlihat dalam binaan jemaah di Madinah dan mengendali halaqah untuk menyebarkan kefahaman serta amalan mengenai ilmu al-Quran. Walaupun Rasulullah SAW seorang yang buta huruf, komitmen terhadap ilmu begitu besar sekali.

Islam perlu didukung dengan kekuatan ilmu. Al-Quran adalah sumber ilmu daripada Allah untuk memberi petunjuk kepada manusia khususnya orang yang bertakwa.

Amal Islami tanpa dukungan ilmu menjadikan Islam longgar dan kosong. Diturunkan wahyu kepada manusia menjadikan manusia terpedoman dan memiliki petunjuk memahami hakikat sesuatu yang nyata dan mengetahui mengenai yang ghaib.

Oleh itu, kepentingan akhlak bagi manusia ibarat mutiara yang sangat berharga. Hari ini mutiara itu semakin hilang. Tingkah laku manusia sudah menjadi kaca dan pasir yang tidak memberi cahaya lagi. Faham diri dan individualistik menjadi nyata dan fahaman kebendaan, nafsu-nafsi menjadi ikutan.

Manusia akhirnya bakal kehilangan cahaya dan perlakuan manusia tidak lebih lanjutan sifat haiwani yang hidup kerana perut dan nafsu. Yang lahir daripada perut itu adalah gambaran yang diburu dan dicari tanpa pertimbangan akhlak yang membawa kemuliaan manusia di sisi Penciptanya dan kemuliaan manusia sesama manusia.

Akhlak adalah cerminan diri kerana daripadanya manusia memiliki contoh dan teladan. Ibarat cermin yang bersih dan berkilau, manusia mampu melihat diri dengan jelas. Pantulan wajahnya mampu memperlihatkan dirinya secara telus.

Cermin yang berdebu dan hilang kilauannya menyebabkan kekaburan pada wajah dan diri. Akhlak yang baik adalah sesuatu yang boleh diteladani kerana memang fitrah manusia ingin meneladani contoh yang baik daripada orang lain.

Keseimbangan Penting Dalam Mendidik

ANAK-ANAK memiliki naluri mencontohi. Contoh dan teladan boleh membentuk sikap dan watak anak dan yang paling dekat pada tahap awal kehidupan anak ialah ibu bapa.

Ibu bapa sumber teladan yang penting dengan teladan baik boleh menjadikan anak membesar dalam keadaan baik, manakala teladan buruk menyebabkan perkara negatif berlaku kepada anak. Sumber teladan ibu bapa tidak saja dalam cara bercakap dan berbahasa, tetapi juga cara melakukan sesuatu. Anak pemerhati dan pengamat setia terhadap apa yang berlaku di sekitarnya. Memperlihatkan wajah ceria, bahasa santun dan merangsang, belaian dan kemanjaan menjadikan anak berada dalam keadaan fitrah.

Anak sedang bertatih dalam keremajaan dan pendewasaan amat memerlukan sumber kondusif dan membantu ke arah minda aktif, emosi ceria serta kecergasan membawa kepada kesihatan jasmani.

Kelembutan berbahasa adalah asas kepada pembinaan adab kerana cara berbahasa dengan isteri dan suami dalam suasana ceria dan kasih sayang menjadikan sumber contoh terbaik bagi anak. Bahasa santun, komunikasi ramah, wajah ceria adalah sumber bernilai bagi anak kerana suasana ini menyebabkan teladan itu menjadi sumber ikutan.

Sekiranya wujud perselisihan antara suami isteri, ia tidak ditunjukkan di depan anak jauh sekali melafazkan kata bersifat maki hamun atau sumpah seranah yang tidak menyumbang teladan baik kepada mereka. Di sini pentingnya daya kawalan diri kerana setiap gerak geri dan perbuatan dilakukan ibu bapa memberi kesan kepada anak yang berada dalam tahap mempelajari sesuatu. Ibu bapa adalah sumber terdekat bagi mereka atau guru yang awal mendidik dan sebagai pendidik, jiwa mendidik perlu subur di kalangan ibu bapa. Anak selalunya terdedah kepada pengaruh media, rakan sebaya, suasana sekolah dan juga mula memerhati kerenah manusia serta gelagat masyarakat.

Komunikasi dan dialog dengan anak seharusnya berlaku dengan berbagai cara kerana anak mungkin bertanya sesuatu yang dilihat, dibaca dan ditonton kepada ibu bapanya. Oleh itu, ibu bapa perlu bijak dan sabar memberikan penjelasan supaya fikiran serta perasaan anak terbimbing ke arah kebaikan. Sekiranya bimbingan dan perhatian rapi tidak diberi, sumber yang ditonton, dilayari, dibaca dan dilihat boleh memberi kesan negatif kepada jiwa dan pemikiran anak.

Kaedah ambil tahu, perkongsian pemikiran serta pandangan secara mendidik seharusnya berlaku supaya anak sentiasa mendapat pedoman yang betul dan baik. lace w:st="on"Ada lace ketikanya anak melakukan kesilapan, keterlanjuran melampaui batas dan menampilkan gelagat negatif.

Pada tahap ini, ibu bapa harus mendekati anak dengan sabar dan berjiwa mendidik. Jangan biarkan perkara negatif menjadi tabiat dan kelaziman, sebaliknya perlu dibendung sebelum subur atau merebak dalam tingkah laku anak. Ibu bapa juga perlu sedia menegur dengan bijaksana, melakukan pembetulan terhadap apa yang berlaku, berbincang secara sihat, berikan alasan dan pemikiran yang baik kepada mereka supaya wujud kesedaran untuk tidak melakukan kesilapan itu lagi.

Dalam proses mendidik dan memberi teladan baik perlu ada keseimbangan kerana ada ibu bapa beranggapan tanggungjawab membesarkan anak ialah dengan menyediakan makan, pakaian dan keperluan kewangan yang stabil. Apa yang lebih penting bagi anak ialah kasih sayang, belaian, perhatian serta bimbingan kerana pembentukan sikap, watak dan gelagat mereka banyak bergantung kepada kaedah ini.

Ini tidak bermakna makan pakai dan kewangan tidak penting tetapi tanpa keseimbangan, tidak mungkin ibu bapa mampu menjadi sumber teladan sempurna. Tanpa teladan baik ibu bapa, anak kehilangan pedoman diperlukan dalam proses pembesaran dan pendewasaan menyebabkan mereka tercari-cari sumber lain yang belum tentu baik. Rasulullah SAW adalah sumber teladan terbaik bagi umat Islam dan bagi ibu bapa yang mencontohi Baginda sebagai sumber teladan, mereka akan menjadi contoh terbaik kepada anak.

Kecelaruan menimpa diri anak muda kini disebabkan tiadanya sumber teladan di rumah khususnya di kalangan ibu bapa menyebabkan anak seakan terbiar dan terdedah kepada pengaruh yang memberi contoh tidak baik. Anak yang terpengaruh dengan perkara negatif tidak mudah untuk diubah dan Islam mengambil pendekatan mencegah lebih baik daripada mengubati. Pencegahan menerusi didikan, asuhan, bimbingan dan sumber teladan adalah kaedah terbaik supaya anak melalui zaman remaja dan dewasa dalam suasana baik, fitrah serta memiliki kekebalan daripada nilai negatif.

INTI PATI
Peranan ibu bapa

· Sumber teladan tidak saja dalam cara bercakap dan berbahasa tetapi juga cara melakukan sesuatu.

· Bahasa santun, komunikasi ramah, wajah ceria adalah sumber bernilai bagi anak kerana suasana ini menyebabkan ia menjadi ikutan.

· Ibu bapa sumber terdekat bagi mereka atau guru yang awal mendidik dan sebagai pendidik.

· Ibu bapa perlu bijak dan sabar memberikan penjelasan supaya fikiran serta perasaan anak terbimbing ke arah kebaikan.

Dakwah penuh kasih, bijaksana paling berkesan

Empat strategi sebar Islam dalam masyarakat majmuk perlu berlandaskan keharmonian


PELBAGAI orientasi dakwah digerakkan hari ini dalam usaha meningkatkan kesedaran dan penghayatan Islam. Ada memilih orientasi heararki (gerakan), siasi (politik), orientasi tabligh dan sufi bagi mencapai keberkesanan dalam kefahaman dan amal Islam.

Di samping jemaah sukarela, peranan lembaga kerajaan juga aktif menghidupkan suasana dakwah di samping menghasilkan institusi seperti bank, kewangan, takaful, institusi pengajian tinggi, menengah dan rendah.

Perkembangan ini menjadi lebih baik jika wujud penyelarasan pada setiap peringkat dan pihak bahawa skop dakwah tidak sekadar seruan dan ajakan secara lisan, sebaliknya dakwah juga pada lembaga serta institusi yang menyalurkan nilai serta etika Islam.

Namun, ada orientasi sukarela menyandarkan dakwah kepada jemaah atau gerakan di luar negara yang cabaran serta masalah tidak sama di negara kita. Malaysia adalah negara unik yang memerlukan kaedah sesuai dengan latar belakang sejarah, sosioekonomi dan pentadbirannya.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna tiada persamaan antara Mesir dan Indo-Pakistan dengan Malaysia tetapi mengambil pendekatan ala Malaysia dalam dakwah perlu kerana orientasi masyarakat majmuk, kebebasan serta pengaruh Islam dalam sistem.

Pendekatan dakwah ala Malaysia mengambil kira peruntukan Islam dalam perlembagaan khususnya yang ada dalam bidang kuasa negeri di samping ruang untuk melaksanakan kegiatan dakwah secara bijaksana.

Sejarah perkembangan dakwah Islam sejak zaman Melaka hingga kini dan pendekatan dinamik yang perlu ada bagi badan dakwah melihat kepada potensi umat Melayu serta bukan Melayu atau bukan Islam.

Rasulullah SAW menganjurkan suatu dustur (kaedah) dakwah yang terbaik iaitu: "Serulah ke jalan Tuhanmu secara bijaksana dengan pekerti teladan yang baik, hujah terbaik dan meyakinkan". Dustur dakwah itu sesuai dalam realiti Malaysia.

Sebagai dai dan murabbi, di depannya ada potensi orang yang hendak didakwahkan pada segala peringkat dan latar belakang. Harus diteroka jalan bijaksana supaya risalah kebenaran dapat disampaikan di samping kehidupan rohaniah dijadikan pedoman.

Pertama, perlu ada sifat kasih sayang dan belas kasihan yang tinggi terhadap orang yang hendak di dakwah. Berdakwah dengan memberikan label dan sindiran boleh menyebabkan sasaran lari dan tidak tertarik dengan cara diambil.

Kita harus menginsafi tidak semua orang memiliki latar pendidikan dan binaan keluarga yang baik. Sesetengah yang ingin didakwah adalah orang yang cicir dalam keluarga, mengalami kelompangan hati serta kekeliruan minda. Orang seperti ini mudah terdedah kepada kemungkaran kerana tidak memiliki kesedaran rohaniah.

Kedua, apabila melihat kemungkaran atau perkara tidak baik dilakukan seseorang, perbuatan itu tidak kita sertai. Namun, jauh dalam lubuk hati kita terpancar rasa belas kasihan terhadap apa yang berlaku. Lalu datang gerak hati untuk mendekatinya dengan bijaksana.

Jika pendekatan itu dilakukan bagi mengajaknya kembali ke jalan yang benar, kemungkinan ia akan kembali kepada fitrah hidup semula. Jika kejayaan ini ada, bermakna ia tidak lagi terus melakukan kemungkaran, sebaliknya sudah bersama dengan kita hidup dalam makruf.

Ketiga, berdakwah perlu ada persiapan. Faham akan sasaran, tingkat pemikiran, rasa kesabaran dan kebijaksanaan seperti teladan diri yang baik dan tidak mudah berputus asa. Harus ada sikap setiap yang ingin didakwah ada potensi untuk berubah.

Keempat, kuasai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang khususnya ilmu Islam kerana cabaran yang menghadapi masyarakat kini tidak saja rohaniah sifatnya, malah perkembangan ilmu yang menjangkau ke daerah sains dan teknologi.

Ilmu ini harus diolah dengan bijaksana bermula dengan mengukuhkan akidah dan iman, ibadat dan syariah supaya terhasil akhlak yang baik.

Pendekatan dakwah Malaysia bukan sekadar menimbulkan keinsafan pentingnya akhlak mulia disuburkan tetapi dengan kekuatan ilmu dan ketrampilan, ia mungkin memberikan arah pemahaman yang betul mengenai seni dan budaya supaya kemajuan berlaku sentiasa dalam acuan yang makruf.

Pendakwah dan pendidik harus sentiasa memiliki sikap berlapang dada menerima kritik serta teguran. Jangan mengambil pendekatan radikal yang tidak serasi dengan resam budaya masyarakat dan boleh menyebabkan gerak kerja dakwah menjadi fitnah.

Al-Quran memberikan asas yang mantap mengenai jenis manusia yang ingin kita suburkan. Firman Allah bermaksud: "Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada makruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah." (Surah al-Imran, ayat 110)

Ada tiga asas penting dalam ayat ini memberikan pedoman dakwah iaitu pertama, harus diwujudkan kebaikan dalam hidup ini ibarat pohon yang tumbuh dalam kehijauan daun dan kelebatan buah supaya manfaatnya dirasakan yang lain.

Makruf tidak hanya terpancar dalam pekerti diri yang memiliki teladan boleh dicontohi, tetapi mampu tegak dengan kekuatan ilmu yang dapat mengaturkan sistem. Memiliki ilmu muamalah didukung prinsip syariah bakal menjauhkan umat terbabit riba. Ia menuntut tekad politik dan keusahawanan yang tinggi supaya umat terus berada dalam keadaan makruf.

Kedua, tentangan terhadap makruf dilakukan dengan menyuburkan perkara makruf sebanyak mungkin. Jika generasi muda kini ketagih dengan budaya popular Barat, tekad yang tinggi dan kreatif di kalangan ulama, ilmuwan, seniman dan karyawan Islam memberikan alternatif, kemungkinan kecenderungan terhadap kemungkaran dapat dikurangkan.

Bagaimana genre pantun, syair, nazam, qitah, gurindam dan seloka dengan bijaksana dan kreatif disuburkan dan menjadi minat generasi muda membawa mesej mengembalikan mereka ke arah yang lebih fitrah.

Ketiga, maksud beriman kepada Allah tidak hanya membina rasa percaya tetapi keyakinan dan kepercayaan yang didukung oleh ilmu. Tidak dinamakan seseorang itu beriman jika asas percaya yang menyebabkan niat dan perbuatannya menyimpang daripada yang diniatkan.

Syahadahnya lain tetapi pancaran syahadah tidak membayangkan ia percaya mengenai kewujudan dan keperkasaan Allah. Lebih-lebih lagi jika menganut Islam dengan sentimen atau emosi semata-mata.

Orang beriman bukan saja percaya tetapi asas kepercayaan kepada Allah mendorongnya untuk berfikir dan memerhati, mengkaji dan mengakui bahawa Maha Besar dan Perkasa Allah menjadikan alam ini dengan limpahan rahmat dan nikmat.

Dalam keadaan kini amat penting kefahaman pendakwah digilap dan kecerdasan strategi dilakukan supaya umat Islam sentiasa bertindak balas kepada keunggulan tamadun silam dan futuristik terhadap kemajuan serta perubahan yang berlangsung.

Ia bukan perjuangan mudah kerana kehebatan Islam tidak saja dilihat pada ajarannya, malah diukur daripada kecemerlangan diri dan gerak kerja penganutnya yang sentiasa mempamerkan teladan tinggi dan mampu menjadi sumber ikutan terhadap yang lain.

Inilah sebenar risalah nubuwwah supaya Islam mampu dicernakan sebagai agama mendukung maksud rahmat untuk sekalian alam.

Islam galakkan semangat toleransi, nilai sejagat

KEPEMIMPINAN dalam masyarakat pelbagai bangsa adalah satu amanah yang rumit. Kepelbagaian dalam agama, bangsa dan budaya memerlukan pendekatan bijaksana supaya kepemimpinan yang ditawarkan mendukung faktor menyatukan.

Keupayaan Rasulullah SAW melaksanakan Piagam Madinah dalam situasi masyarakat berbilang menjadi contoh terbaik bagaimana faktor teras mendasari corak kepemimpinan yang mampu mendukung kerjasama dan persefahaman.

Maksud faktor teras ialah bagaimana elemen agama atas tunjangan nilai membina landasan kerjasama yang tinggi ke arah cita-cita menyatupadu. Yang berbeza akan tetap berbeza, tetapi perbezaan yang ada didekati secara bijaksana. Cita-cita seperti amanah kepemimpinan, kebebasan menyatakan sudut pandangan, jaminan hak dan layanan, asas keadilan dan kesaksamaan sentiasa terpelihara.

Kepemimpinan di Malaysia memerlukan faktor teras dipertahankan. Faktor teras bermaksud bagaimana faktor sejarah, budaya, bahasa, agama dan kelainan dijadikan sandaran utama dalam membangun kepemimpinan berwibawa.

Berwibawa di sini bermaksud bagaimana Islam umpamanya mampu menawarkan nilai sejagat yang dapat dikongsi oleh semua. Nilai lain yang terpancar daripada tamadun yang mendukung nilai kemanusiaan tinggi harus disuburkan sama.

Berwibawa juga merujuk kepada pemimpin yang berilmu dan memiliki upaya profesionalisme tinggi, memiliki peribadi contoh yang memancarkan teladan baik, tidak hanya berfikir dalam lingkungan kaumnya semata, tetapi mempunyai kemampuan memperluaskan dimensi kemanusiaan tidak bercanggah dengan fitrah manusia.

Kepemimpinan di kalangan umat Islam sering berlegar di kalangan kaumnya dalam lingkungan setempat dan kurang upaya memancarkan nilai sejagat Islam dalam melaksanakan taklif atau amanah yang tercermin nilai keadilan serta kesaksamaan terhadap yang lain.

Kepemimpinan Islam yang diperlukan kini memberi fokus terhadap pemantapan nilai bersama yang tidak bercanggah dengan fitrah dan bagaimana asas nilai itu dibangunkan dalam sistem supaya penterjemahannya ke dalam sistem membawa asas keadilan serta kesaksamaan yang tinggi.

Upaya itu perlu melampaui batas kaum yang sempit, mengiktiraf wujudnya kepelbagaian dan memahami pentingnya tolak ansur serta kesabaran tinggi asal saja kemurnian nilai yang menyatupadu tidak tercemar.

Kepemimpinan Islam tidak saja mempunyai latar kefahaman terhadap idealisme yang sifatnya memandu, tetapi upaya melaksana yang tinggi supaya Islam tidak hanya terpancar dalam semangat serta kata-kata indah semata-mata, tetapi terlihat keindahannya dalam peribadi dan sistem.

Islam sebagai faktor menyatupadu perlu diungkapkan dalam pengertian wujudnya kepelbagaian dan kelainan dalam strategi binaan kaum serta bangsa supaya tidak lari daripada kepentingan untuk berkenal-kenalan.

Kesediaan mempelajari sesuatu yang positif daripada orang lain dan mengemukakan sesuatu yang positif daripada budaya sendiri penting supaya pengertian dan persefahaman pentingnya kepemimpinan berilmu dan berakhlak dijadikan rujukan teras untuk kejayaan proses kepemimpinan.

Umat Melayu yang kebetulan diberikan amanah kepemimpinan perlu menjadi pemimpin teras yang mempunyai wibawa ilmu dan kebijaksanaan yang perlu dikembangkan dan perubahan diraikan. Faktor ini penting difahami kerana daripadanya bakal lahir pendekatan kepemimpinan bersifat merentasi.

Kepemimpinan bukan Melayu perlu menerima asas yang boleh membawa kepada titik persefahaman tinggi bahawa faktor etika dan nilai dapat mengukuhkan kualiti amanah dan keadilan, mengurangi perbezaan dan menyuburkan persamaan, daya toleransi tinggi sebagai cara menyatupadu.

Malaysia memerlukan kepemimpinan yang mampu menjalin serta memperkukuh integrasi dan toleransi. Integrasi dipupuk dalam konteks nilai bersama yang boleh dikongsi dan nilai sejagat yang boleh diterima.

Toleransi bermakna perbezaan yang ada tidak dijadikan asas untuk berkonflik, tetapi persamaan yang banyak harus disuburkan secara sedar supaya kebaikan daripada nilai bersama yang dikongsi boleh menghilang perbezaan akibat kejahilan dan prasangka.

Oleh itu, kepemimpinan yang mempunyai kualiti menyatupadu amat dituntut supaya jenis pembangunan dan perubahan ingin dilakukan mengambil kira pertimbangan masyarakat yang berbilang dan dalam masa sama menyuburkan maksud amanah, keadilan, kesaksamaan dan toleransi dalam hal yang tidak menjejaskan nilai murni yang boleh membawa kebaikan kepada semua.

Pada prinsipnya memang Islam menganjurkan konsep berkenal-kenalan dengan bangsa serta tamadun lain. Sari pati budaya dan tradisi yang baik dan sesuai daripada orang lain harus dapat disesuaikan supaya menjadi elemen mengukuhkan lagi kesuburan tamadun.

Sejarah silam tamadun Islam terbukti berfaedah untuk Barat dan Timur. Betapa tradisi itu dapat dijadikan strategi menyatupadu supaya realiti yang pelbagai mampu didekati dengan bijaksana kerana matlamat akhir konteks bina negara ialah sikap saling menghargai dan melaksanakan sesuatu demi kebaikan semua.

Intipati

Keupayaan Rasulullah SAW melaksanakan Piagam Madinah dalam situasi masyarakat berbilang menjadi contoh terbaik bagaimana faktor teras mendasari corak kepemimpinan yang mampu mendukung kerjasama dan persefahaman.

Kepemimpinan di Malaysia memerlukan faktor teras dipertahankan. Faktor teras bermaksud bagaimana faktor sejarah, budaya, bahasa, agama dan kelainan dijadikan sandaran utama dalam membangun kepemimpinan berwibawa.

Pemimpin yang berilmu dan memiliki upaya profesionalisme tinggi, memiliki peribadi contoh yang memancarkan teladan baik, tidak hanya berfikir dalam lingkungan kaumnya semata, tetapi mempunyai kemampuan memperluaskan dimensi ke-manusiaan tidak bercanggah dengan fitrah manusia.

Kepemimpinan Islam tidak saja mempunyai latar kefahaman terhadap idealisme yang sifatnya memandu, tetapi upaya melaksana yang tinggi supaya Islam tidak hanya terpancar dalam semangat serta kata-kata indah semata-mata, tetapi terlihat keindahannya dalam peribadi dan sistem.